Mendes Da Silva , pemain import terakhir KUFC

Football
7 Mar 2023 • 8:18 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available
Ihsan gambar: Kelantan United Football Club FB

image is not available

KOTA BHARU: Penyerang dari Brazil, Gregory Rocha Mendes Da Silva (gambar), semalam diumumkan sebagai pemain import keenam dan terakhir menyarung Kelantan United FC (KUFC) bagi menghadapi saingan Liga Super musim ini.

Pengarah Eksekutif KUFC, Wan Mohd Zul Ikman, berkata pemain berusia 27 tahun itu telah menandatangani kontrak bersama pasukan selama semusim.

“Dia direkrut sebelum pintu perpindahan Liga Malaysia (Liga-M) ditutup baru-baru ini, namun disebabkan beberapa masalah teknikal, beliau baru sahaja tiba di Kelantan, Khamis lalu.

“Pemain ini mempunyai pengalaman bermain di Liga Brazil dan Colombia selain pernah menyertai kelab divisen tiga Portugal iaitu Vidago dan Benfica Castello Branco dengan menjaringkan 15 gol dalam 20 penampilan,“ katanya, dalam kenyataan, hari semalam.

Wan Mohd Zul berkata Mendes Da Silva kini menjalani latihan bersama pasukan untuk mendapatkan momentum tahap kecergasan sebelum beraksi pada perlawanan akan datang.

Mendes Da Silva merupakan pemain import keenam pasukan KUFC selepas Jose Elmer dari Filipina, Morgaro Gomis (Senegal), Ernist Batyrknov (Kyrgyzstan), Yan Victor dan Devid De Santana Silva (Brazil).

Selepas tiga perlawanan pada aksi Liga Super, KUFC memperolehi satu mata hasil iaitu satu seri dan dua kalah dan berada di kedudukan dua tercorot liga daripada 14 pasukan bertanding. -Bernama