Mendiang John Motson Kembali Menjadi Pengulas EA Sports FC 27 Dengan Bantuan AI

TechnologyFootball
26 Nov 2026 • 2:05 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Mendiang John Motson Kembali Menjadi Pengulas EA Sports FC 27 Dengan Bantuan AI

Mendiang John Motson menjadi pengulas rasmi dalam perlawanan bola sepak sejak 1969 dan juga permainan FIFA sejak 1996 sehingga FIFA 06. Beliau meninggal dunia pada tahun 2023 semasa sedang tidur. Sungguhpun sudah meninggal dunia, Electronic Arts mengumumkan suara mendiang akan terus digunakan dalam permainan bola sepak terbitan EA Sports FC dengan bantuan kecerdasan buatan (AI).

Image from: Mendiang John Motson Kembali Menjadi Pengulas EA Sports FC 27 Dengan Bantuan AI

EA menerima kebenaran waris Motson untuk menjaga audio ulasan menggunakan rakaman audio yang pernah dilakukan beliau sebelum ini. Suara beliau yang dijana AI ini akan diberikan sebagai audio pengulas tambahan di dalam EA Sports FC 27 menerusi kemas kini v1.3.0 pada 26 November ini.

Penggunaan suara pelakon yang sudah meninggal dunia dengan bantuan AI sudah dilakukan beberapa kali sebelum ini. Misalnya suara mendiang James Earl Jones digunakan dalam Fornite sementara rupa serta wajah mendiang Val Kilmer pula digunakan dalam filem As Deep as the Grave.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved