Mengadu Ada Kerja Jalan Raya Semasa Cuti Umum, Aduan Lelaki Ini Dikecam Netizen

10 Oct 2022 • 4:55 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

Jadi, bila lah masa sesuai nak buat? image is not available

Mengadu Ada Kerja Jalan Raya Semasa Cuti Umum, Aduan Lelaki Ini Dikecam Netizen. Memandangkan hari ini adalah cuti umum, ramai orang meluangkan masa seharian untuk melakukan sesuatu yang mungkin tertangguh kerana tidak mempunyai masa.

Memang, orang akan marah jika perkara tidak berjalan seperti yang dirancang tetapi sesetengah situasi kita perlu rasional mengenainya. Bagi lelaki dari Kuching ini pula, dia marah kerana terdapat kerja-kerja jalan raya pada cuti umum yang mengakibatkan dia “membazirkan 30 minit cuti umumnya” tetapi aduannya mendapat kritikan daripada netizen.

image is not available
Mengadu Ada Kerja Jalan Raya Semasa Cuti Umum, Aduan Lelaki Ini Dikecam Netizen

Cuti umum “dibazirkan”

Aduan itu dikongsi dalam laman Facebook, yang dikatakan lelaki itu,

Saya telah membazir lebih daripada 30 minit cuti umum saya kerana kesesakan lalu lintas yang disebabkan oleh ini.”

Gambar yang dikongsi lelaki itu menunjukkan beberapa pekerja binaan sedang melakukan kerja-kerja jalan yang kelihatan seperti di atas jambatan.

image is not available
Sumber: Facebook

“Awak patut bersyukur awak masih dapat bercuti, mereka masih bekerja semasa cuti umum,” – netizen

Kebiasaannya orang ramai akan bersimpati dengan mereka yang terpaksa mengharungi kesesakan lalu lintas tetapi bagi kes ini, netizen tidak berpuas hati apabila lelaki itu merungut kerana aduan itu tidak rasional.

Ramai netizen berkata lelaki itu patut bersyukur kerana masih dapat bercuti sedangkan pekerja yang melakukan kerja-kerja jalan raya terbabit terpaksa bekerja pada cuti umum.

image is not available
Sumber: Facebook

image is not available
Sumber: Facebook

image is not available
Sumber: Facebook

Terdapat juga netizen yang mempersoalkan jika pekerja binaan terbabit tidak bekerja hari ini (semasa cuti umum), maka bilakah masa yang sesuai untuk melakukannya.

image is not available
Sumber: Facebook

image is not available
Sumber: Facebook

image is not available
Sumber: Facebook

image is not available
Sumber: Facebook

Ada benarnya diperkatakan oleh netizen, lagipun, mungkin masa terbaik untuk melakukan kerja pembinaan adalah semasa cuti kerana semasa itulah kebanyakan orang tidak akan memandu ke tempat kerja.

Sebaiknya, kita perlu cuba untuk lebih bertimbang rasa apabila kita menghadapi perkara seperti ini, ok?

Lagi di sini: