Mengadu Caj ‘Graphic Designer’ Terlalu Mahal, Netizen Sekolahkan Lelaki Ini Kerana Minta Logo RM50

17 Jun 2023 • 11:56 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

“Murah sangat RM50, design bukannya senang,” – netizen

Mengadu Caj ‘Graphic Designer’ Terlalu Mahal, Netizen Sekolahkan Lelaki Ini Kerana Minta Logo RM50. Ramai mungkin menganggap bahawa bekerja dalam industri kreatif tidak perlu dibayar lebih tinggi tetapi anda mesti ingat bahawa banyak kemahiran, masa, tenaga dan juga langganan untuk perisian tertentu mesti diambil kira.

Bagi netizen ini, dia mengadu kerana pereka grafik yang ingin diupah pada awalnya menjawab negatif selepas diminta membuat logo RM50. Namun, aduan mereka diterima secara negatif oleh netizen yang menganggap jumlah yang ditawarkannya sememangnya terlalu rendah untuk seorang pereka grafik.

image is not available
Mengadu Caj ‘Graphic Designer’ Terlalu Mahal, Netizen Sekolahkan Lelaki Ini Kerana Minta Logo RM50

Minta buat logo RM50

Tangkapan skrin perbualan WhatsApp antara seorang pelanggan dan pereka grafik dikongsi oleh seorang pengguna melalui kumpulan Freelance Designer Malaysia di Facebook. Difahamkan, tangkapan skrin berkenaan adalah repost yang diambil daripada kumpulan Facebook lain.

Dalam kapsyen tersebut, ia mengatakan “Tak patutlah cakap macam tu kat customer. Memang bajet aku kecil je pun ayat terakhir sekali tu sentap kat aku pulak. Bukan rezeki awak lah. Pakar guna otak tapi kat lutut. Sumber pic dari group sebelah.”

Dalam perbualan tersebut, pekongsi asal meminta seorang graphic designer untuk mereka bentuk logo syarikat. Difahamkan, logo yang dimintanya ialah RM50 tetapi graphic designer tersebut menyatakan jumlah minimum yang dikenakannya untuk logo syarikat ialah RM350.

Terkejut dengan harga itu, pekongsi asal enggan meneruskan lagi. Walau bagaimanapun, apa yang membuatkan pekongsi asal itu tidak berpuas hati adalah dengan cara graphic designer tersebut membalasnya kemudian.

“RM50 buat sendiri je bang,” – netizen

Perbualan tersebut menerima pelbagai reaksi daripada golongan graphic designer, yang berpendapat pekongsi asal itu tidak tidak memahami nilai sebenar mencipta sesuatu yang teliti seperti logo.

Namun, terdapat juga yang menegur bahawa perlu ada cara yang lebih baik untuk menegur perkara seperti itu kerana cara graphic designer berkenaan menjawab pekongsi asal terbabit dianggap kurang professional.

Lagi di sini:

View Original Article