Mengah Turun Tangga Tiga Tingkat, Kelaku Kucing Berhenti Rehat Setiap Aras Bikin Terhibur

LocalEntertainment
13 Dec 2024 • 8:13 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Mengah Turun Tangga Tiga Tingkat, Kelaku Kucing Berhenti Rehat Setiap Aras Bikin Terhibur

Kucing sejak dahulu lagi memang menjadi teman rapat kepada manusia. Tingkah laku haiwan ini adakalanya sangat menggelikan hati dan boleh menjadi terapi kepada penjaganya.

Beru-baru ini, video yang merakam kelaku seekor kucing di Singapura ketika turun menggunakan tangga menjadi tular di media sosial.

Menurut Mothership.sg, video berkenaan mendapat perhatian warga maya selepas dikongsikan di kumpulan Facebook, Sayang Our Singapore’s Community Cats.

Dalam video berkenaan, kucing berkenaan tanpa segan-silu menunjukkan kelakunya yang tidak biasa menggunakan tangga, biarpun hanya perlu turun dari tingkat tiga.

Malah, si bulus tersebut turut memperlihatkan rasa penatnya dengan berhenti berehat di setiap aras dan mengambil nafas panjang sebelum meneruskan perjalanan.

Kelaku kucing comel, mengah turun tangga tiga tingkat bikin terhibur

Apa yang ditunjukkan oleh haiwan berkenaan tidak ubah seperti tindak-tanduk manusia yang kepenatan apabila perlu menggunakan tangga sekali-sekala.

Tingkah laku kucing berkenaan membuatkan perakam video berkenaan, Maressa berasa terhibur dan ketawa kecil dengan kecomelan haiwan tersebut.

Apabila melihat dirinya diketawakan oleh Maressa, kucing berkenaan memandang ke arah wanita itu dan seolah-olah bertanya, “Apa salahnya berehat sekejap selepas turun tiga aras tangga?”

Menurut Maressa, dia mendapati kucing berkenaan berehat sekurang-kurangnya selama satu minit sebelum turun sehingga aras paling bawah.

Menjengah ke ruangan komen hantaran Mothership itu, rata-rata warga maya juga turut terhibur dengan kelaku yang ditunjukkan oleh kucing tersebut.

“Kalau turun tangga pun kena berehat seminit, bayangkan berapa lama kucing itu kena berehat kalau kena naik tangga?” tanya seorang warga maya bersahaja.

“Aku tengah mengah ini, sibuk pula hendak merakam,” komen seorang lagi warga maya yang berseloroh dengan situasi tersebut.

Apa-apun, gelagat kucing berkenaan memang membuatkan warga maya yang melihat video tersebut tergelak besar.

Sumber: Mothership

View Original Article