Mengaku Bagi Dadah Morfin Pada Anak Saudara Hingga Kritikal, Lelaki Dipenjara 3 Tahun

28 Jun 2022 • 4:28 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Mengaku bersalah memberi dadah kepada anak saudara berumur tiga tahun hingga kritikal, Mahkamah Sesyen membuat keputusan bapa saudara akan dipenjara selama tiga tahun.

Di samping itu, pelaku yang bernama Mohd Shahrizuan Alias akan turut dikenakan bon berkelakuan baik selama tiga tahun dengan cagaran RM3000 serta melakukan khidmat masyarakat selama 180 jam.

Melalui pertuduhan, sebagai seseorang yang mempunyai pemeliharaan terhadap kanak-kanak lelaki berumur tiga tahun sembilan bulan terbabit, dia didakwa telah mendedahkan kanak-kanak tersebut kepada sesuatu yang bahaya untuk badannya.

image is not available

Melalui laporan Berita Harian, dadah yang diberikan merupakan jenis methamphetamine dan morfin hingga membuatkan anaknya yang merupakan mangsa mengalami drug toxicity.

Kerana didapati bersalah, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 31(1) akta sama apabila disabitkan boleh didenda hukuman RM50000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya.

Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah.

image is not available 1 minggu lalu

"Muka Dia Pucat Macam Dah Meninggal" - Ibu Sangka Lemas, Rupanya Anak Umur 5 Tahun Diberi Syabu Oleh Sepupu