Mengaku Bersalah Cuba Lakukan Zina, Cikgu Sekolah & ‘Abang Wiring’ Didenda RM5,000

LocalPolitics
30 May 2025 • 5:03 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Mahkamah Tinggi hari ini mengenakan denda sebanyak RM5,000 atau enam bulan penjara kepada guru sekolah dan ‘abang wiring’ yang terpalit dengan skandal seks selepas mengaku bersalah atas kesalahan cuba melakukan zina pada 28 Februari yang lalu.

Memetik laporan Harian Metro, Hakim Syarie Mohd Yunus Mohamad Zain membuat keputusan itu selepas menerima pengakuan kedua-dua tertuduh.

image is not available

Mereka didakwa mengikut Seksyen 52 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991.

Sebelum ini, kecoh di media sosial mengenai seorang guru di Melaka yang didakwa menjalinkan hubungan terlarang dengan lelaki yang berstatus suami orang.

image is not available

Menerusi beberapa tangkap layar yang tular, ia memaparkan perbualan mereka dan ada juga yang mendedahkan kedua-duanya dipercayai sanggup berzina pada bulan Ramadan.

Lebih mengejutkan, wanita itu masih berstatus isteri orang ketika perbuatan itu berlaku.

image is not available 4 days ago

Bekas Suami Dedah Guru & 'Abang Wiring' Pergi 'Celebrate' Makan Kek Lepas Cerai Di Mahkamah - "Sakit Memang Sakit.."