Mengaku Bersalah Kes Rog*l, Taeil NCT Dijatuhkan Hukuman Penjara Selama 3 Tahun 6 Bulan

LocalEntertainment
10 Jul 2025 • 2:46 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Taeil telah dijatuhkan hukuman penjara selepas perbicaraan pertamanya.

Pada 18 Jun lalu, pihak pendakwaan telah meminta hukuman penjara selama tujuh tahun bagi setiap tertuduh, termasuk Taeil dan dua rakannya, Encik Lee dan Encik Hong, atas dakwaan merogol mangsa dalam keadaan separa sedar secara berkumpulan.

Pada 10 Julai, Mahkamah Jenayah Bahagian ke-26 di Mahkamah Daerah Pusat Seoul menjatuhkan hukuman penjara selama tiga tahun enam bulan terhadap Taeil dan dua lagi tertuduh atas kesalahan melanggar Akta Kes-Kes Khas Berkaitan Hukuman Jenayah Seksual (Rogol Separa Sedar Berkumpulan). Mahkamah juga memerintahkan mereka mengikuti 40 jam pendidikan berkaitan keganasan seksual serta mengenakan larangan bekerja selama lima tahun di institusi yang melibatkan kanak-kanak atau remaja.

Mahkamah menyatakan,

Kesemua tertuduh mengaku bersalah, dan berdasarkan bukti yang dikemukakan, mereka didapati bersalah. Mangsa berada dalam keadaan tidak sedarkan diri akibat mabuk ketika serangan berlaku di kediaman Encik Lee. Sebagai pelancong asing, mangsa mengalami trauma psikologi yang teruk kerana diserang di tempat yang asing. Namun begitu, mahkamah mengambil kira faktor bahawa para tertuduh adalah pesalah kali pertama dan mangsa tidak mahu meneruskan tindakan hukuman sebagai faktor yang meringankan.

image is not available

Peguam bela Taeil sebelum ini merayu hukuman diringankan atas alasan Taeil telah menyerahkan surat pengakuan kepada pihak berkuasa. Namun, mahkamah menolak rayuan itu dengan menyatakan,

Memandangkan pengakuan itu dibuat selepas pihak berkuasa melakukan penggeledahan dan rampasan terhadap tertuduh, ia tidak boleh dianggap sebagai penyerahan diri secara sukarela dan oleh itu tidak layak untuk pengurangan hukuman.

Apabila hakim bertanya sama ada para tertuduh ingin memberi sebarang kenyataan mengenai penahanan mereka, Taeil tidak memberikan sebarang komen.

Kes ini berpunca daripada kejadian yang berlaku pada Jun tahun lalu, apabila Taeil dan rakan-rakannya didakwa telah menyerang secara seksual seorang wanita warga asing yang mabuk dan tidak sedarkan diri. Taeil pada awalnya dibicarakan tanpa ditahan, tetapi telah ditahan selepas hukuman dijatuhkan.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.