Mengaku Bersalah, Lelaki Lempar & Koyak Al-Quran Rupanya Positif Dadah

21 Jan 2024 • 3:02 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang lelaki yang disyaki melempar dan koyak cebisan helaian al-Quran di Jalan Besar Palong, Jempol, Negeri Sembilan mengaku bersalah.

Menurut Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook, suspek berjaya ditangkap selepas pihaknya menerima tiga laporan berhubung kejadian terbabit, semalam.

image is not available

Beliau berkata, laporan tersebut telah dibuat seorang wanita yang memaklumkan dia melihat suspek lelaki yang menaiki motosikal melemparkan helaian dan cebisan al-Quran yang dikoyakkan.

Selain itu, pihak polis turut menerima dua laporan penemuan helaian dan senaskah al-Quran di atas jalan raya terbabit.

“Suspek ditahan bersama senaskah al-Quran dan hasil siasatan awal mendapati suspek mengaku terlibat dalam kejadian terbabit,”katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

image is not available

Hasil ujian saringan air kencing juga mendapati suspek berumur 37 tahun itu positif dadah jenis methamphetamine.

Difahamkan, suspek juga mempunyai dua rekod kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya dan satu rekod di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Permohonan reman terhadapnya akan dibuat di mahkamah di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah esok.

Kes disiasat mengikut Seksyen 298A dan 427 Kanun Keseksaan.

Sumber: Malaysia Gazette (Bernama)