Mengaku Bersalah Pukul Pemandu E-Hailing OKU Mei Lalu, Pengawal Pengiring VIP Didenda RM1000

LocalPolitics
4 Nov 2024 • 2:24 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Hari ini, nasib seorang pemandu e-hailing berstatus orang kurang upaya (OKU) terbela selepas lima bulan lalu seorang pengawal pengiring kenamaan didenda sebanyak RM1000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada hari ini.

Pengawal pengiring yang bernama Taufik Ismail itu dikenakan hukuman selepas mengaku bersalah mencederakan pemandu e-hailing OKU itu pada Mei lalu di hadapan Majistret, Farah Nabilah Muhammad Dan.

image is not available

Difahamkan dari pertuduhan, pelaku telah menyebabkan kecederaan ke atas pemandu e-hailing bernama Ong Ing Keong, 47, di sebuah hotel terletak di ibu kota pada jam 11.40 pagi, 29 Mei yang lalu.

Pertuduhan tersebut dilakukan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, di mana hukuman penjara setahun atau denda sehingga RM2000 atau kedua-duanya sekali jika disabit kesalahan.

image is not available

Sekadar info, pihak media sebelum ini ada melaporkan seorang pemandu e-hailing dipukul oleh pengawal pengiring bagi rombongan kenamaan di sebuah hotel ternama sebelum menarik balik laporan polis yang dibuat.

image is not available 5 months ago

Kes Pemandu E-Hailing OKU Dipukul Pengawal Peribadi VIP Sedang Dalam Siasatan Awal Polis