Mengaku Bersalah Ugut B*nuh Baby Shima, Pemandu Lori Didenda RM4,000

LocalEntertainment
3 Jan 2025 • 12:24 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sebelum ini, kecoh di media sosial apabila penyanyi sensasi, Baby Shima mendedahkan dirinya menerima ugutan bunuh daripada seorang individu menerusi ruangan komen di Facebook.

Menurut Berita Harian, hari ini, individu tersebut didenda sebanyak RM4,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Sibu.

Tertuduh, Mel Maxpherson Munded, dijatuhi hukuman itu selepas mengaku bersalah sejurus pertuduhan dikemukakan terhadapnya di hadapan Majistret, Oon Kork Chern.

Kork Chern juga mengarahkan tertuduh dipenjara dua bulan jika gagal membayar denda itu.

Justeru, dia didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

image is not available 2 days ago

"Ini Ancaman Paling Menakutkan Yang Pernah Saya Terima" - Baby Shima Lega Pemandu Lori Ugut B*nuh Ditahan Polis