Mengaku diri staf & terima bonus duit raya RM5 ribu, Khairul Aming tampil bersuara

3 Apr 2024 • 4:31 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Seorang individu mengaku pekerja staf kepada usahawan terkenal, Khairul Aming dan mendedahkan dirinya menerima bonus duit raya sebanyak RM5,000 baru-baru ini.

Individu berkenaan membuat pendedahan secara terbuka menerusi platform X miliknya berikutan nilai bonus duit raya diberikan oleh Khairul Aming yang juga pempengaruh menjadi bualan ramai.

Dedah terima bonus duit raya RM5,000!

Menerusi hantaran tersebut, individu dikenali @ikhwzul325 meluahkan rasa syukur apabila pempengaruh itu memberi bonus duit raya sebanyak RM5,000 kepada mereka.

“Saya salah seorang staf KA (Khairul Aming). Bonus tahun ni, alhamdulillah seorang RM5,000,”ciapnya dalam hantaran tersebut.

Individu berkenaan juga tampil berseloroh dengan menyatakan jawatan sebagai isteri majikannya masih lagi terbuka.

image is not available

Alhamdulillah

Hantaran tersebut pastinya meraih perhatian ramai di mana rata-rata dalam kalangan warganet tumpang gembira terutama berjaya meneka nilai bonus duit raya yang diberikan oleh Khairul Aming.

image is not available image is not available image is not available image is not available

Faham nak bergurau tapi…

Apa yang menariknya, hantaran tersebut turut menarik perhatian usahawan kelahiran Kelantan dengan menyatakan ia boleh menimbulkan salah faham kepada orang ramai.

Jelasnya, adalah tidak salah jika individu berkenaan hendak bergurau namun tidak perlu mencipta ciapan ‘palsu’

“Faham nak bergurau tapi tak boleh tweet fake macam ni sebenarnya. Ramai salah faham nanti. Harap maklum,”tegur usahawan itu.

image is not available

Sebelum ini, usahawan itu berkongi beliau menutup dua buah kilang Nyet miliknya dan membawa seramai 100 staf membeli kelengkapan perayaan termasuk barangan dapur, berbuka puasa dan duit raya.

Sumber: Instagram @khairulaming, X ikhwzul325