Mengaku 'Menteri' Ajaran Sesat Millah Abraham, Lelaki Ditahan Polis

LocalPolitics
16 Aug 2024 • 5:52 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

Ajaran sesat Millah Abraham yang dipercayai semakin berleluasa di Johor sedang diperhati dan dibasmi oleh Jabatan Agama Islam Johor (JAJ). Kini, seorang lagi individu disyaki pengikut Millah Abraham bertaraf 'menteri' dalam hierarki ajaran sesat itu, ditahan dalam operasi bersepadu di Batu Pahat, malam Rabu lalu.

image is not available

Pengerusi Hal Ehwal Agama Islam Johor Mohd Fared Mohd Khaled berkata, lelaki berusia lingkungan 45 hingga 50-an itu ditahan di kediamannya kira-kira 7.15 malam.

image is not available

Katanya, ia susulan operasi bersepadu khas Ops Milab yang dijalankan Bahagian Penguatkuasa, Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) bersama Cawangan Khas Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Johor Bahru.

"Hasil operasi bersepadu itu, seorang lelaki disyaki pengikut kepada ajaran sesat Milah Abraham ini ditahan di Batu Pahat.

"Lelaki itu mendakwa dirinya berstatus 'menteri' dalam kelompok ajaran sesat itu.

"Pendakwaan kes ke atas lelaki itu dijalankan semalam di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Batu Pahat dengan tarikh perbicaraannya ditetapkan pada 24 September nanti," katanya dalam kenyataan, di sini.