Mengaku Salah Rosakkan Palang & CCTV Kondominium, Norjuma Didenda RM4800

LocalPolitics
11 Jun 2025 • 10:10 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Norjuma Habib Mohamed didenda RM4,800 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur selepas mengaku salah melakukan khianat merosakkan palang dan kamera litar tertutup (CCTV), di sebuah kondominium di Taman U-Thant, dua tahun lalu.

Majistret Farah Nabihah Muhamad Dan menjatuhkan hukuman itu selepas bekas personaliti televisyen itu menukar pengakuan kepada bersalah, sebaik pertuduhan dibacakan semula.

Faham, mengaku (bersalah).

Image from: Mengaku Salah Rosakkan Palang & CCTV Kondominium, Norjuma Didenda RM4800

Kredit: Kosmo!

Berdasarkan pertuduhan, ahli perniagaan berusia 45 tahun tersebut didakwa melakukan khianat dengan merosakkan palang keluar-masuk kenderaan serta CCTV milik sebuah kondominium di Taman U-Thant, di Kuala Lumpur, pada 7.44 dan 7.45 petang, 28 Julai 2023 yang menyebabkan kerugian keseluruhan RM4,700.

Pertuduhan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum setahun dan maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Image from: Mengaku Salah Rosakkan Palang & CCTV Kondominium, Norjuma Didenda RM4800

Kredit: BERNAMA

Terdahulu, peguam Faiz Kamal Jaafar yang mewakili Norjuma memohon agar anak guamnya itu dikenakan hukuman denda dengan alasan wanita itu tidak bekerja dan menyesal dengan perbuatannya.

Anak guam masih sambung belajar di universiti tempatan dan ditanggung sepenuhnya oleh bapanya yang juga pesara kerajaan.

Kini, anak guam hanya mampu membayar denda sekitar RM1,000 untuk dua pertuduhan.

Timbalan Pendakwa Raya pula memohon agar hukuman setimpal dikenakan, mengambil kira kerugian dan jenayah kerana merosakkan harta kondominium itu.

image is not available 11 months ago

Mahkamah Tak Puas Hati Alasan Norjuma, Beri Amaran Keras & Naikkan Wang Jaminan - “Puan, Ini Amaran Terakhir”