'Mengalah tak bererti kalah' - Puteri Sarah jawab sebab selesai kes dengan Ira Kazar

8 Jul 2023 • 12:08 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Puteri Sarah (kanan) dan Ira Kazar (kiri).

KEPUTUSAN pelakon Puteri Sarah Liyana menyelesaikan kes saman terhadap Ira Kazar secara luar mahkamah ternyata mengundang pelbagai reaksi netizen.

Memetik laporan Gempak, ada di antara mereka meluahkan tanda tanya dan rasa tidak puas hati terhadap keputusan yang dilakukan Puteri Sarah.

Antara soalan yang diajukan kepada Puteri Sarah menerusi ruangan komen di Instagram miliknya adalah:

“Betul ke Puteri Sarah tarik saman Ira, saya kecewa. baru nak jadikan idola,” tulis seorang netizen.

Bagaimanapun Puteri Sarah kemudiannya tampil menjawab persoalan netizen tersebut.

Menurut ibu kepada dua cahaya mata itu, dirinya membuat keputusan tersebut atas sebab-sebab tertentu.

“Mengalah tak bererti kalah... saya lebih memilih mental health saya, freedom saya, kebahagiaan saya dan anak-anak kerana kebebasan saya amat berharga. Doakan saya ya,” jelasnya.

Terdahulu, pada 5 Julai lalu mahkamah merekodkan penghakiman persetujuan dicapai antara Puteri Sarah, selaku plaintif dengan Ira Kazar atau Faghira Fatini Kazaruddin, 28, selaku defendan di mana mereka telah menyelesaikan kes secara damai di luar mahkamah.

ARTIKEL BERKAITAN:

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved