Mengancam! Dengan Enjin 1.2 Liter, Ini Dia Rupa Toyota Yaris ATIV 2022

Cars
9 Aug 2022 • 2:06 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Toyota kini memperkenalkan model baharu Toyota Yaris ATIV yang bakal dilancarkan tidak lama lagi. Wah biar betul?

Menerusi satu hantaran dimuat naik Autolifethailand di Facebook, kereta yang bakal dilancarkan di Thailand itu akan dihadiri bersama sistem Safety Sense dan juga Adaptive Cruise Control Stop & Go.

Toyota Yaris ATIV ini juga dikatakan hanya menggunakan enjin sebesar 1.2 liter.

image is not available

Bukan itu sahaja, kereta ini juga ditawarkan dengan empat varian yang berbeza iaitu 1.2 SPORT, 1.2 SMART, 1.2 PREMIUM dan 1.2 PREMIUM Luxury.

Lebih menarik lagi, warna merah serta hitam yang digunakan sebagai warna dalaman kereta membuatkan reka bentuk Toyota Yaris ATIV ini tampak lebih bergaya dan premium.

image is not available

Cantik teruk model Yaris ATIV ni. Tak sabar nak tunggu model ni untuk masuk dalam pasaran Malaysia.

Kredit: Facebook Autolifethailand

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

View Original Article