Mengandungi Racun Perosak, Mi Sedaap Korean Spicy Tidak Masuk Pasaran Malaysia

7 Oct 2022 • 3:46 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Sentiasa berhati-hati dalam memilih makanan anda.

Mengandungi Racun Perosak, Mi Sedaap Korean Spicy Tidak Masuk Pasaran Malaysia. Dilaporkan tiada kemasukan dua produk mi segera jenama Indonesia yang dikesan mengandungi racun perosak, menurut Ketua Pengarah Kesihatan Noor Hisham Abdullah.

Produk yang mengandungi racun perosak Ethylene oxide adalah Mi Sedaap Korean Spicy Chicken Instant Noodles dengan tarikh luput 21 Mei dan Mi Sedaap Korean Spicy Soup Instant Noodles dengan tarikh luput 17 Mac 2023.

image is not available
Mengandungi Racun Perosak, Mi Sedaap Korean Spicy Tidak Masuk Pasaran Malaysia

Racun perosak yang tidak dibenarkan

Perkara ini telah disahkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan pihak mereka mengatakan bahawa Ethylene oxide ini adalah racun perosak yang tidak dibenarkan penggunaannya dalam makanan berdasarkan Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

Ethylene oxide merupakan sebatian gas kimia yang bersifat karsinogik dan sering digunakan bagi menjalankan fumigasi atau pewasapan untuk membasmi makhluk perosak seperti serangga.

image is not available

Mi Korean Spicy yang diimport ke Malaysia tidak mempunyai tarikh luput seperti yang direkodkan

Melalui semakan KKM ke atas data Food Safety Information System of Malaysia (FoSIM), Mi Korean Spicy Soup Instant Noodles yang diimport ke Malaysia tidak mempunyai tarikh luput seperti yang direkodkan di atas.

Walau bagaimanapun, KKM akan terus menjalankan pemantauan di pasaran dan juga akan mengenakan tindakan Tahan, Uji dan Lepas (TUL) di semua pintu masuk negara.

Baca di sini untuk mengelak dari keracunan makanan: