
KERAJAAN Negeri komited untuk membawa Sabah ke tahap lebih baik dan maju selaras dengan konsep Malaysia Madani yang dicetuskan Kerajaan Perpaduan.
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata komitmen itu diterjemahkan dalam Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ) yang menekankan pemerkasaan pendidikan dan latihan, pemerkasaan sektor ekonomi dan pengukuhan hubungan dan persefahaman antara pelbagai kaum, masyarakat agama dan budaya di Negeri.
“Kami benar-benar bersyukur kerana Sabah dikurniakan sumber rezeki yang melimpah ruah.
Selain nikmat berupa tanaman dan ternakan, tanah bertuah ini juga dilimpahi nikmat alam sekitar yang indah di samping sumber alam lain seperti minyak dan gas.
“Dengan segala nikmat ini, kita perlu menguruskan semua sumber kekayaan dengan penuh amanah. Oleh itu, semua pihak harus berjiwa besar untuk menerapkan kebijaksanaan dan kemahiran untuk mengoptimumkan keupayaan meneroka dan memanfaatkan potensi sumber kekayaan.
“Segala hasil pertanian, ternakan, hutan, petroleum, gas dan sebagainya tidak akan memberi apa-apa keuntungan dan faedah sekiranya orang ramai tidak tahu dan ingin mengambil inisiatif mengubah diri agar menghargai dan mensyukuri nikmat secara positif, kreatif dan inovatif,” katanya.
Beliau berkata selain memulihara sumber huluan sedia ada, rakyat perlu bijak dan kreatif dalam mempelbagaikan industri hiliran dalam usaha menambah nilai kepada produk sedia ada.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
