Mengapa pelajar sains lepasan SPM perlu memilih Asasi Sains Pertanian sebagai pilihan pertama dalam UPU?

8 Feb 2023 • 12:30 PM MYT
Ezna Khalili
Ezna Khalili

Ibu kepada seorang anak remaja yang suka menulis dan mengembara.

Image from: Mengapa pelajar sains lepasan SPM perlu memilih Asasi Sains Pertanian sebagai pilihan pertama dalam UPU?
Sumber: Ezna Khalili

1. Program asasi yang sangat unik

Kenapa ia dikatakan program asasi yang sangat unik?. Ia menggabungkan mata pelajaran Pertanian di dalam silibus pembelajaran. Satu-satunya program asasi sains di Malaysia yang mempunyai subjek mata pelajaran pertanian selain biologi, matematik, kimia, bahasa inggeris dan fizik. Anda boleh melayari di sini

Para pelajar Asasi Sains Pertanian akan ditempatkan di dalam Universiti Putra Malaysia (UPM) Kampus Serdang. UPM ada dua kampus. Satu terletak di Serdang dan satu lagi di Bintulu, Sarawak.

Image from: Mengapa pelajar sains lepasan SPM perlu memilih Asasi Sains Pertanian sebagai pilihan pertama dalam UPU?
Sumber: Ezna Khalili

2. Program yang mempunyai amali luar kelas 

Para pelajar akan didedahkan dengan program amali luar kelas untuk subjek Industri Pertanian dan Makanan dan juga Keusahawanan dan Pemasaran Produk Pertanian. Jadi, untuk subjek mata pelajaran ini mereka akan mengadakan aktiviti di luar seperti lawatan ke kilang industri makanan seperti kilang coklat Beryl's . Ianya amat menarik kerana dapat belajar cara coklat dihasilkan. Boleh layari Beryls jika anda juga berminat untuk membuat lawatan ke sini. 

Image from: Mengapa pelajar sains lepasan SPM perlu memilih Asasi Sains Pertanian sebagai pilihan pertama dalam UPU?
Sumber: Ezna Khalili

Ada juga aktiviti untuk persediaan membuat kolam ikan jadi, pembersihan kawasan sekitar juga dijalankan oleh pelajar Asasi Sains Pertanian. 

Image from: Mengapa pelajar sains lepasan SPM perlu memilih Asasi Sains Pertanian sebagai pilihan pertama dalam UPU?
Sumber: Ezna Khalili

Aktiviti amali pembersihan cendawan yang sudah layu di tempat penanaman cendawan. 

Image from: Mengapa pelajar sains lepasan SPM perlu memilih Asasi Sains Pertanian sebagai pilihan pertama dalam UPU?
Sumber: Ezna Khalili

Inilah rupa cendawan yang dihasilkan di Universiti Putra Malaysia. 

Image from: Mengapa pelajar sains lepasan SPM perlu memilih Asasi Sains Pertanian sebagai pilihan pertama dalam UPU?
Sumber: Ezna Khalili

Jadi, ianya tidak tertumpu kepada pembelajaran di dalam kelas dan makmal sains semata-mata. Waktu amali inilah pelajar asasi dapat kurangkan tekanan belajar.

"Nature is a tool to get children to experience not just the wider world, but themselves".

-Stephen Moss-

3. Universiti paling hijau di Malaysia

Pada tahun 2021, Universiti Putra Malaysia menduduki ranking No. 1 di Malaysia melalui UI-Greenmetric World University Rankings 2021. Kejayaan ini dicapai selama 12 tahun berturut-turut untuk universiti di Malaysia. Kedudukan ranking pada tahun 2022 pula, Universiti Putra Malaysia di dalam kedudukan No. 25 di dunia. Ini menunjukkan Universiti Putra Malaysia memperbaiki kedudukan kepada 2 anak tangga. Info selanjutnya di sini.

Image from: Mengapa pelajar sains lepasan SPM perlu memilih Asasi Sains Pertanian sebagai pilihan pertama dalam UPU?
Sumber: Universiti Putra Malaysia

Kita akan mudah tenang di persekitaran yang menghijau. Ini kerana di sekitar Universiti Putra Malaysia terdapat ladang dan kebun buah-buahan yang sangat luas dan juga pokok-pokok hijau yang merimbun. Pelajar akan lebih tenang jika menuntut ilmu di sini. Bukan itu sahaja ada juga penternakan lembu, kambing, arnab, rusa dan burung puyuh. 

Jika pada musim pokok buah-buahan mengeluarkan hasil, ada rezeki pelajar asasi ini makan buah-buahan segar dari kebun buah-buahan sebagai contoh, buah durian yang ada ditanam di sini. 

Image from: Mengapa pelajar sains lepasan SPM perlu memilih Asasi Sains Pertanian sebagai pilihan pertama dalam UPU?
Sumber: Ezna Khalili

4. Pelajar belajar di persekitaran kampus Universiti

Pelajar asasi sains pertanian akan dapat belajar di dalam kampus universiti yang serba lengkap. Mereka juga boleh menggunakan fasiliti yang disediakan di dalam kampus seperti penggunaan dewan besar, asrama kediaman, perpustakaan, pusat kesihatan universiti, bas universiti, pusat sukan dan lain-lain lagi. 

Perpustakaan ini dibuka untuk semua pelajar Universiti Putra Malaysia termasuk pelajar asasi. Masa buka dan tutup Perpustakaan Sultan Abdul Samad boleh dirujuk di sini.

Image from: Mengapa pelajar sains lepasan SPM perlu memilih Asasi Sains Pertanian sebagai pilihan pertama dalam UPU?
Sumber: Ezna Khalili

Pelajar asasi juga boleh mendapatkan rawatan gigi dan yang lain-lain di Pusat Kesihatan Universiti

Image from: Mengapa pelajar sains lepasan SPM perlu memilih Asasi Sains Pertanian sebagai pilihan pertama dalam UPU?
Sumber: Ezna Khalili

Jadi, pelajar asasi tidak akan kekok belajar di sini berbanding pelajar yang baru masuk ke Universiti Putra Malaysia melalui laluan ijazah sarjana muda. 

5. Pelajar boleh mengikuti kursus ijazah di semua fakulti di UPM

Untuk pengetahuan semua, setelah pelajar lulus semua sukatan pelajaran yang diambil, pelajar lepasan Asasi Sains Pertanian boleh memohon untuk memasuki kursus di semua fakulti di Universiti Putra Malaysia seperti fakulti kejuruteraan, fakulti pengajian pendidikan, fakulti sains, fakulti sains dan teknologi makanan, fakulti bahasa moden dan komunikasi, fakulti perubatan dan sains kesihatan, fakulti rekabentuk dan senibina, fakulti sains dan komputer, fakulti perubatan veterinar dan banyak lagi fakulti. Info lanjut di sini.

Image from: Mengapa pelajar sains lepasan SPM perlu memilih Asasi Sains Pertanian sebagai pilihan pertama dalam UPU?
Sumber: Ezna Khalili

Tidak semestinya belajar asasi sains pertanian, pelajar hanya boleh ambil kursus bidang pertanian sahaja tetapi meliputi semua bidang kursus. Pelajar Asasi Sains Pertanian tidak perlu melalui UPU (Bahagian kemasukan pelajar IPTA) untuk memohon ijazah sebaliknya hanya permohonan dalaman di UPM sahaja dan menariknya di sini pelajar asasi hanya bersaing di kalangan pelajar asasi UPM sahaja untuk merebut tempat. 

Inilah 5 sebab mengapa pelajar sains lepasan SPM perlu memilih Asasi Sains Pertanian sebagai pilihan pertama dalam permohonan UPU. Selamat maju jaya buat pelajar SPM yang akan menduduki peperiksaan SPM tidak lama lagi. Moga anda semua beroleh keputusan yang cemerlang. 


Image from: Mengapa pelajar sains lepasan SPM perlu memilih Asasi Sains Pertanian sebagai pilihan pertama dalam UPU?
Hantar artikel/video berkaitan #TheGoodStuff dan menangi hadiah sebanyak RM11,000! Ketahui lebih lanjut di sini


Ezna Khalili adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!

Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi Newswav.