“Mengarut” – Netizen Tak Percaya Cerita AC Mizal Mengaku Pernah Makan Tisu Waktu Susah Dulu

26 Jul 2022 • 2:34 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sebelum ini, pengacara terkenal Datuk AC Mizal berkongsi kisah zaman kesempitan hidup yang pernah dialami bersama isteri, Datin Emylia Rosnaida sekitar 20 tahun lalu telah mendapat perhatian orang ramai.

Menerusi video temu bual di program MH Throwback, AC Mizal mendedahkan dia pernah terpaksa makan tisu bersama kuah roti canai demi mengisi perut.

Malah, isterinya juga tidak mengetahui apabila setiap waktu pagi rakannya akan mengajak untuk pergi makan sarapan tetapi dia menolak dan berkata dia sudah makan.

Ini kisah benar. Kalau orang nak cerita pasal kesusahan dengan saya, tak payahlah. Saya sudah lalui macam-macam.

Bagaimanapun, menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen telah meragui kisah yang dikongsikan pengacara itu yang dianggap mustahil dan tidak mungkin dilakukan oleh seseorang individu.

Nak bohong pun agak-agaklah.. Malaysia bukan macam negara Afrika – netizen.

Mengarutlah. Bapak dia pegawai tinggi polis tak kan sampai makan tisu. Aku ni anak B40, hidup merantau seorang diri memang pernah susah sampai nak makan tak ada duit tapi tak ada lah sampai makan tisu,” tulis seorang pengguna Facebook.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 23 jam lalu

(VIDEO) "Dah Terlambat, Patut Dari Dulu Lagi..." - Konon Buat Trend TikTok Jadi Setia, Shuk Sahar Diperli Netizen