Mengenali Keistimewaan Lemang Daun Lerek Greenwood

Cooking
16 Apr 2023 • 9:00 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Tidak seperti lemang biasa yang menggunakan daun pisang, lemang ini menggunakan daun lerek - Gambar oleh Azim RAHMAN

Lemang dan Hari Raya memang tak dapat dipisahkan. Seringkali kita menikmati lemang buluh tradisional, namun sejak akhir-akhir ini kita ada mendengar pelbagai jenis lemang baharu dihidangkan, seperti lemang kukus, lemang cawan dan lemang periuk kera. 

Minggu ini, jurugambar Azim Rahman mahu kenalkan kita dengan lemang daun lerek.

Seperti namanya, Lemang Daun Lerek Greenwood, Gombak dibuat menggunakan daun lerek (atau lirek) sebagai pengganti daun pisang yang digunakan dalam pembuatan lemang buluh tradisional. 

Anda dapat lihat dari gambar di bawah, lemang daun lerek ada satu keistimewaan jelas, iaitu batang daunnya terkeluar dari buluh. Pembeli hanya perlu menarik batang daun itu untuk mengeluarkan lemang yang sudah masak tanpa memotong buluh. Mudah, bukan?

Selain lemang istimewa ini, Lemang Daun Lerek Greenwood juga menjual pelbagai jenis hidangan lebaran lain, seperti ketupat daun palas dan rendang daging pucuk ubi. Boleh dicuba jika mahukan juadah Aidilfitri yang berbeza tahun ini.

image is not available
Daun lerek perlu dicuci dengan bersih sebelum dipotong dan dimasukkan ke dalam buluh lemang

image is not available
Daun lerek yang telah dimasukkan ke dalam buluh sebelum diisi dengan pulut

image is not available
Buluh lemang dibersihkan terlebih dahulu bagi menjaga kualiti lemang daun lerek ini

image is not available
Proses memerah santan dengan menggunakan mesin amat mudah dan cepat

image is not available
Pulut yang telah direndam dalam santan akan dimasukkan ke dalam buluh lemang sebelum dibakar

image is not available
Buah kelapa sangat penting bagi membuat lemang kerana lemang yang bagus menggunakan santan segar tulen dan bukan santan instan

image is not available
Lemang Daun Lerek Greenwood dibakar dan dijaga dengan rapi supaya tidak hangus

image is not available
Lemang Daun Lerek Greenwood sangat terkenal di Lembah Klang kerana keunikan menggunakan daun lerek di dalam buluh lemang

image is not available
Selain lemang daun lerek, terdapat juga rendang daging pucuk ubi yang dijual di gerai ini

image is not available
Pengunjung di gerai Lemang Daun Lerek Greenwood, Gombak

View Original Article