“Menggeletis Betol”- Netizen Meluat Lihat Gelagat Masya Masyitah Di Set Penggambaran

15 Aug 2023 • 5:30 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Masya Masyitah

Sebelum ini, Masya Masyitah pernah menyatakan keputusannya untuk tidak berhijab lagi, malah turut memberitahu yang dia tidak mahu mengambil sebarang tawaran bekerja lagi.

Namun, setiap perkara yang dilakukannya sering menjadi tumpuan netizen untuk mengecam penyanyi muda itu.

Baru-baru ini, menerusi satu video yang dimuat naik oleh akaun Absolut Food Fest di TikTok, Masya dilihat sedang menjalankan sesi penggambaran untuk jenama tempatan itu.

Bukan itu sahaja, Masya atau nama penuhnya Siti Nur Masyitah Yusoff kelihatan teruja mempromosikan acara terbabit yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

@absolutevent

BTS videoshoot Absolut Food Fest x Coca Cola Malaysia Memasak 2023 bersama @MasyaMasyitah Jom sambut MERDEKA di #absolutfoodfest x #cocacolamalaysiamemasak 2023 bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil bermula pada 31hb Ogos – 3 September! Jumpa DISANA!

♬ original sound – AbsolutFoodFest – AbsolutFoodFest

Walaupun penyanyi yang berusia 23 tahun itu gembira, tetapi masih ada segelintir netizen yang melihat video itu berasa kurang senang melihat gelagat Masya sebegitu.

image is not available

image is not available

Dalam pada itu, ada juga beberapa netizen yang meminta agar netizen tidak terus-menerus menghentam Masya Masyitah.

image is not available

Terdahulu, penyanyi Masya Masyitah pernah meminta netizen agar tidak menyalahkan ibu bapanya atas keputusan untuk tidak lagi memakai tudung kerana itu adalah pilihannya sendiri.

Kredit: TikTok


+ Baca artikel penuh di Facebook dan Telegram Oh! Media.

@ohmedia

Lah freehair la pulak, ingatkan gimik je buka tudung tu rupanya betul.. apapun kita doakan yang baik-baik je untuk Masya ye #masyamasyitah #tudungterbang #penyanyi #gosipartis #ohtrending #ohmedia

♬ original sound – Oh! Media – Oh! Media