Menggemparkan Negara Pada Tahun Lalu, Ini Perkembangan Perbicaraan Kes Pembunuhan Nur Farah Kartini

LocalPolitics
15 Jul 2025 • 4:19 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pada Julai tahun lalu, negara digemparkan dengan kes pembunuhan graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah yang berasal dari Kuching, Sarawak.

Kes ini menjadi bualan hangat masyarakat apatah lagi suspek adalah individu yang dikenali mangsa dan merupakan seorang pegawai polis berpangkat Lans Koperal.

Sudah tentu rakyat ternanti-nanti apakah pengakhiran perbicaraan kes pembunuhan Nur Farah Kartini dan ini adalah perkembangan terbaru selepas prosiding sebutan kes hari ini.

image is not available

Sumber : Harian Metro 

Menurut Harian Metro, pihak pembelaan yang mewakili tertuduh, Lans Koperal Muhammad Alif Monjani, 27, memaklumkan akan meneliti dokumen sama ada mahu mengemukakan representasi atau sebaliknya.

Peguam, Aida Zainuddin berkata antara dokumen yang diserahkan oleh pihak pendakwaan adalah laporan patologi, kimia dan forensik dan turut memaklumkan pihak pembelaan memerlukan masa untuk meneliti dokumen itu.

Kami akan memaklumkan kepada mahkamah sama ada akan memasukkan representasi atau tidak pada prosiding akan datang.

Mahkamah menetapkan 10 September ini untuk sebutan kes itu.

image is not available

image is not available

Sumber : Kosmo 

Terdahulu, pada 12 Jun, Muhammad Alif mengaku tidak bersalah atas pertuduhan membunuh Nur Farah Kartini, 25, yang mayatnya ditemui dalam ladang kelapa sawit di Ladang SKC Kledang, Hulu Bernam, Hulu Selangor.

Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa membunuh dengan menyebabkan kematian Nur Farah Kartini antara 9 pagi, 10 Julai hingga 6 petang, 15 Julai 2024.

Muhammad Alif didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati penjara atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak lebih 40 tahun dan sebatan tidak kurang 12 kali, jika sabit kesalahan.

image is not available 2025-06-12 12:00:49

(TERKINI) Kes Pembunuhan Nur Farah Kartini, Ini Pengakuan Lans Koperal Di Mahkamah