Menggiurkan, Peminat Cari Lingerie See-Through Dipakai Lisa BP Di Kelab Bogel

Women's Fashion
6 Oct 2023 • 1:29 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Sudah hampir seminggu berlalu, namun ramai yang masih menyebut mengenai persembahan Lisa BLACKPINK di Crazy Horse di Paris.

Walaupun acara itu berlangsung secara rahsia namun idola itu telah memuat naik beberapa keping foto persembahan menggiurkannya di Instagram kelmarin.

Antara foto yang menarik perhatian ramai ialah di mana Lisa melepaskan rambut panjangnya sambil memakai lingerie seksi yang mengikut badan wanita itu.

Walaupun tidak jelas kelihatan pakaian yang digayakan itu, namun peminat berjaya mencari lingerie disarungkan oleh Lisa ketika persembahan tersebut. Dari jenama LIVY, item dari barisan ‘PEEKABOO’ itu berwarna serba hitam dan see-through namun hanya tertutup di bahagian depan dada sahaja.

Melihatkan gaya seksi itu, rata-rata peminat tidak dapat menyembunyikan rasa kagum terhadap Lisa kerana berani tampil mengghairahkan meskipun aturan ‘strict’.

Daring tau Lisa!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.