Mengumpat & Sebar Fitnah, Rita Rudaini Tuntut Guru Sekolah Anak Mohon Maaf Atau Foto Terpampang Di Media Sosial

29 Dec 2023 • 1:46 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sebelum ini, pelakon Rita Rudaini meluahkan rasa marah terhadap seorang guru yang mengajar di sekolah anaknya, Airit Rayyan kerana melemparkan fitnah tentangnya.

Bukan itu sahaja, aktres tersebut turut bengang kerana dituduh mengambil kuota golongan B40 gara-gara menghantar anaknya ke sekolah berasrama penuh MRSM.

image is not available 6 days ago

"Buka Je Tudung Tu Cikgu Kalau Tak Mampu Tutup Mulut Mengumpat" - Hantar Anak Ke MRSM, Rita Rudaini Bengang Dituduh Curi Kuota B40

Menerusi Instagram, ibu tunggal itu masih meluahkan tentang isu tersebut dan menuntut guru yang dimaksudkan untuk menghubunginya.

Rita mahu guru perempuan tersebut untuk memohon maaf kepadanya secara peribadi kerana ‘membawa mulut’ dan memfitnahnya selama ini.

Bukan itu sahaja, Rita turut berkata selagi guru terbabit tidak memohon maaf dia akan mendedahkan sedikit demi sedikit clue tentangnya dan memuat naik fotonya di Instagram.

image is not available

image is not available

image is not available

Lebih membuatkan Rita marah apabila guru yang sama itu bukan sahaja memfitnah tentang dirinya tetapi juga turut mengumpat anak lelakinya yang juga pelajar sekolah berkenaan.

Dalam pada itu, ibu kepada dua putera tersebut berkata dia hanya bercakap tentang seorang guru sahaja namun masih mempunyai hubungan baik dengan beberapa kenalan guru yang di sekolah tersebut.

image is not available

image is not available image is not available