Menikmati Hidangan Makan Tengahari Tradisional Nasi Daun Pisang Citarasa Malaysia Paling Sedap & Autentik #CutiCutiLocal

Travel
12 Dec 2023 • 7:30 AM MYT
Zulkifly Baharom
Zulkifly Baharom

An HR practitioner, Sejahtera Leadership Coach & Gusi Peace Prize Laureate.

Image from: Menikmati Hidangan Makan Tengahari Tradisional Nasi Daun Pisang Citarasa Malaysia Paling Sedap & Autentik #CutiCutiLocal
Dr. Zul, seorang pengemar makanan traditional nasi daun pisang dengan pelbagai kari campuran menikmati ikan dan ayam goreng berempah yang ranggup yang banyak bawang serta sayur-sayuran dan papedum. Foto: Zarina
Image from: Menikmati Hidangan Makan Tengahari Tradisional Nasi Daun Pisang Citarasa Malaysia Paling Sedap & Autentik #CutiCutiLocal
Dr. Zul aksi bergaya di perkarangan restoran dan tiada masalah turut beratur mengikut giliran membuat pilihan lauk pauk dan minuman sebelum mencari meja kosong yang sesuai untuk menjamu selera makan tengahari. Foto: Zarina
Image from: Menikmati Hidangan Makan Tengahari Tradisional Nasi Daun Pisang Citarasa Malaysia Paling Sedap & Autentik #CutiCutiLocal
Profesor Dr. Hajah Nor Khomar (kiri) dan adik bongsunya, Zarina cuti-cuti lokal untuk membeli belah di sekitar Bangsar telah berehat seketika untuk menikmati hidangan makan tengahari tradisional nasi daun pisang. Foto: Dr. Zul

Cuti hujung minggu lalu, saya dan isteri, Hajah Zarina Ishak dari Putrajaya bersama kakaknya, Prof Dr. Hajah Nor Khomar Ishak yang bermastautin di Shah Alam telah jalan-jalan di Bangsar Village untuk membeli belah sempena jualan Christmas. Untuk sajian makan tengahari kami memilih untuk menikmati nasi daun pisang di Restoran Sri Nirwana Maju.

Hidangan nasi daun pisang dihidangkan dengan nasi putih, tiga jenis sayur, lauk pauk: sotong, ikan dan ayam goreng berempah, acar buah-buahan, dhali serta kari ikan, kari ayam, kari kambing, papadum, rasam dan cili kering goreng ranggup yang sangat menyelerakan. Selain itu, minuman pelbagai jus sejuk atau minuman panas, kopi atau teh tarik yang memberi gandingan yang mantap. Oleh itu, walaupun kena beratur pada waktu tengahari restoran ini sangat terkenal di kalangan rakyat Malaysia berbagai kaum dan pelancong.

Cara untuk makan makanan atas daun pisang seharusnya menggunakan tangan kerana ini merupakan budaya orang tempatan secara turun temurun, terutama msyarakat India. Selepas nasi selesai dimakan, rasam iaitu sup mengandungi pelbagai rempah hendaklah diminum. Rasam diminum selepas makan sebab ia membantu sistem penghadaman.

Mengimbas kembali sejarah, hidangan daun pisang merupakan makanan tradisional yang berasal daripada negeri Kerala, Tamil Nadu, Karnataka dan Andhra Pradesh di India. Ia dinamakan sebagai daun pisang sebagai pinggan untuk mengalas nasi. Masakini, makanan traditional ini boleh didapati di negara-negara ASEAN seperti Malaysia dan Singapura.

Menurut Profesor Nor Khomar seorang pakar makanan dan minuman lulusan Universiti Teknologi MARA Malaysia (UiTM) dan University of Viginia Tech, bahawa “Daun pisang mengandungi sejumlah besar polifenol yang merupakan antioksidan semulajadi. Ini terdapat dalam banyak makanan berasakan tumbuhan & teh hijau. Makanan yang dihidangkan pada daun pisang menyerap polifenol yang dapat mencegah pelbagai penyakit gaya hidup. Ia juga mempunyai ciri anti-bakteria yang boleh membunuh kuman dalam makanan”.

Seterusnya, beliau menyatakan, “Daun pisang ialah lebih mesra alam dan selamat. Makan makanan menggunakan daun pisang adalah cara yang terbaik kerana ia pastimya lebih bersih jika dibandingkan degan peralatan lain yang perlu dicuci menggunakan sabun dan berkemungkinan kesan sabun masih ada pada peralatan walaupun selepas bersih dicuci.”


Zulkifly Baharom adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!

Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi Newswav.