Meningkatkan transformasi digital

LocalBusiness & Finance
16 Nov 2023 • 4:45 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

KERAJAAN Sabah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Huawei Technologies Malaysia Sdn Bhd untuk mempercepatkan inisiatif transformasi digital di negeri ini.

Menyaksikan majlis menandatangani perjanjian di ibu pejabat Huawei di Shenzhen, China, pada 7 Nov, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata perkongsian itu merupakan satu lonjakan penting ke arah masa depan digital bagi Sabah.

“Perkongsian dengan Huawei Technologies ini akan memperkasakan negerii dan rakyat kita untuk meraih faedah inovasi teknologi, memupuk pertumbuhan ekonomi dan perkhidmatan awam yang lebih baik.

“Saya gembira untuk menyatakan bahawa di bawah MoU itu, Huawei Technologies akan menyediakan perkhidmatan perundingan dan nasihat dalam bidang pertanian, pembuatan pintar di bawah Industri 4.0, pelancongan, perancangan bandar pintar, e-dagang, infrastruktur digital, ketersambungan inklusif dan kerajaan digital. Ini akan sangat membantu dalam mencapai aspirasi kami untuk mendigitalkan Kerajaan Sabah,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Huawei Malaysia Simon Sun berkata: “Ketika Sabah meneruskan visinya ke arah ekonomi digital yang berkembang maju, Huawei bersedia untuk menyokongnya dalam membina sebuah negeri yang pintar, inovatif secara digital dan lestari.”

Selain itu, di bawah MoU itu, Huawei Technologies akan meneroka usaha kerjasama untuk memulakan pelaksanaan perkhidmatan digital yang bersedia untuk AI dan berteraskan data untuk kerajaan, perniagaan dan masyarakat.

Menandatangani MoU bagi pihak Kerajaan Sabah ialah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Datuk Zainuddin Aman, manakala Simon Sun, Ketua Pegawai Eksekutif Huawei Malaysia, menandatangani untuk Huawei.

Turut hadir Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah Datuk Phoong Jin Zhe, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Sr. Safar Untong, Pengarah Lembaga Huawei dan Presiden Huawei Digital Power Hou Jinlong dan Presiden Sektor Awam Global Huawei, Xia Zun.

Sebelum majlis memeterai perjanjian itu, Ketua Menteri turut dibawa melawat Huawei Technologies mengenai operasi bandar pintar, dan pendidikan pintar di Dewan Pameran Von Neumann Huawei Enterprise Business.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.