
Dalam kalangan pembaca Oh! Media, mesti ada yang pernah terima panggilan daripada scammer kan? Tapi siapa sangka, kejadian kali ini ada ceritanya yang tersendiri.
Baru-baru ini, enam lelaki warga tempatan telah ditipu oleh sendiket penipuan pekerjaan dan dipaksa untuk menjadi scammer atau akan direnjat elektrik. Aduh, dah kena tipu terpaksa menipu pula?
Menipu atau terima padah

Salah seorang daripada mangsa, Adan berkata, mereka dijanjikan untuk bekerja sebagai petugas kasino di Sihanoukville, Kemboja. Namun, mereka telah ditipu dan dipaksa bekerja sebagai scammer selama 12 ke 18 jam sehari dan dikawal ketat oleh pegawai bersenjata sepanjang masa.
Bagaimanapun, apabila tiba di sana, kami dipaksa untuk menipu individu di seluruh dunia terutama Malaysia. Kami dipaksa memperdayakan mangsa menerusi panggilan, aplikasi WhatsApp dan media sosial lain. – Adan
Adan berkata mereka berjaya meloloskan diri dari hotel yang menjadi transit sendiket itu, namun agak terkilan kerana masih ada puluhan rakyat Malaysia yang gagal melarikan diri.
Kredit: Kosmo
The post Menipu Atau Direnjat Elektrik, Nasib Scammer Kena ‘Scam’ appeared first on Oh! Media.
