Menjadi Pencakar Langit Dan Tarikan Di Kuching, Bangunan Vivacity 2 Bakal Dibina Di Tabuan

22 Aug 2022 • 3:48 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Bangunan tertinggi di Kuching? Biar betul!

Menjadi Pencakar Langit Dan Tarikan Di Kuching, Bangunan Vivacity 2 Bakal Dibina Di Tabuan. Sejak kebelakangan ini, setelah muzium dibuka kepada umum jelas bahawa Kuching, Sarawak semakin berkembang pesat dan beberapa pusat tarikan pelancongan bakal dibangunkan di sini.

Setelah heboh satu Kuching bahawa Sky Bar bakal menggantikan Hotel Impiana Kuching iaitu tempat yang terbiar setelah 20 tahun, kali ini kita sekali lagi digegarkan dengan berita baik bahawa bakal adanya bangunan Vivacity 2.

image is not available
Sumber gambar: FB Vivacity Megamall

Mempunyai 240 bilik hotel

Menerusi perkongsian Facebook rasmi Vivacity Megamall, bangunan pencakar langit yang dikenali sebagai bangunan Vivacity 2 bakal dibangunkan di Kuching, dan terletak bersebelahan Vivacity Megamall.

Dikhabarkan bahawa bangunan ini mempunyai 240 bilik hotel menjadi ekosistem yang menarik di mana orang Kuching boleh menginap, bermain, bersosial, bersenam dan berhibur di satu lokasi.

Akan ada kondominium mewah, penthouse, ruang kerja bersama, pejabat Gred A, taman atas bumbung, kafe, restoran, dan lanjutan dari Vivacity Megamall.”

image is not available
Menjadi Pencakar Langit Dan Tarikan Di Kuching, Bangunan Vivacity 2 Bakal Dibina Di Tabuan. Sumber gambar: FB Vivacity Megamall

Menjadi salah satu bangunan tertinggi di Sarawak/ Malaysia

Berdasarkan ilustrasi yang dimuatnaik VivaCity melalui laman Facebook rasmi mereka, bangunan tersebut bakal menjadi salah satu bangunan tertinggi di Sarawak/ Malaysia.

Rajutan dengan pembangunan pencakar langit ini, anda boleh lihat illustrasi acahan di bawah:

Walau bagaimanapun, masih belum ada tetapan untuk memulakan pembangunan tersebut.

Untuk ketahui banyak lagi info menarik di dalam Borneo, boleh follow kami di laman Facebook ILoveBorneo dan ILovekuching.

Sungguh kreatif dan bertenaga! Lihat sorakan rumah sukan murid-murid SMK Ranau di Sabah di pautan bawah ini: