Di Malaysia, musim perayaan datang silih berganti, daripada Tahun Baharu Cina hingga ke Hari Raya, setiap satunya diraikan dengan penuh kemeriahan, makanan yang melimpah, dan jadual sosial yang padat.
Namun di sebalik kegembiraan itu, ramai yang mula merasai keletihan yang terkumpul.
Rutin harian berubah, waktu makan dan tidur menjadi tidak menentu, manakala tubuh pula perlu menyesuaikan diri dengan pengambilan makanan yang lebih berat dan kerap.
Tidak hairanlah jika ada yang berasa lesu, mudah kembung, atau cepat tertekan walaupun berada dalam suasana yang sepatutnya menggembirakan.
“Perubahan gaya hidup mengikut musim tidak menjejaskan satu sistem sahaja. Ia memberi kesan serentak terhadap pencernaan, imuniti, dan pengawalan stres. Sebab itulah ramai berasa lesu walaupun mereka berusaha menjaga kesihatan,” ujar Pakar Perunding Pemakanan di LAC Malaysia, Cynthia Jetan,.
1. Masih Letih Selepas Cuti? Ia Bukan Semata-mata Kerana Kurang Tidur
Jika anda sudah tidur, tetapi masih bangun dalam keadaan letih, anda bukan keseorangan.
Musim perayaan sering mengganggu ritma semula jadi badan waktu tidur lewat, jadual makan tidak menentu, penggunaan skrin meningkat, dan rutin yang kurang konsisten. Apabila ritma ini terganggu, tenaga menjadi lebih sukar untuk dikekalkan secara stabil.

Dalam keadaan ini, ramai cenderung bergantung pada kafein atau gula untuk peningkatan tenaga sementara, namun akhirnya berasa lesu beberapa jam kemudian.
Untuk menyokong tahap tenaga dan membantu tubuh menangani keletihan semasa tempoh peralihan, sesetengah individu memasukkan LAC Activated Zhi Energy sebagai sebahagian daripada rutin mereka.
Ia mengandungi herba Lingzhi dan Cordyceps yang secara tradisional digunakan untuk menyokong vitaliti, penghasilan tenaga, dan daya tahan tubuh terhadap stres. Amalan ini boleh dipadankan dengan tabiat harian yang lebih stabil seperti waktu makan yang konsisten, pengambilan protein yang mencukupi, serta karbohidrat pelepasan perlahan seperti oat, beras perang, ubi keledek dan kekacang.
2. Pemakanan Musim Perayaan Boleh Membuat Badan Terasa ‘Berat’
Musim perayaan tidak akan lengkap jika tidak diraikan dengan makanan enak. Ada banyak menu yang terhidang, jadi takkanlah hanya dilihat. Beberapa hari menikmati hidangan berat, dan tidur lewat boleh menambah beban pada hati, organ penting yang menyokong metabolisme dan proses detoksifikasi.

Apabila hati tertekan akibat pengambilan makanan tinggi lemak dan gula secara kerap, lemak boleh terkumpul di hati. Keadaan ini berpotensi menjejaskan pencernaan, tenaga, dan cara tubuh memproses nutrien dan sering ‘dirasai’ sebagai tenaga rendah serta sensasi berat yang berpanjangan.
Di sinilah sokongan hati menjadi relevan. LAC Activated L.Pro ialah formulasi campuran TCM yang dirumus untuk menyokong kesihatan dan fungsi hati, khususnya ketika tempoh pemakanan lebih berat dan rutin yang terganggu.
Apabila hati disokong, tubuh dapat memproses nutrien dan hasil sampingan metabolik dengan lebih cekap, sekali gus membantu meningkatkan keselesaan dan tenaga harian.
Kesihatan usus turut memainkan peranan penting. Probiotik sering diambil untuk menyokong keseimbangan pencernaan, dengan kekuatan yang berbeza mengikut keperluan individu.
LAC Probiotic Complex menawarkan pelbagai pilihan, dengan kekuatan sehingga 100 bilion CFU, tersedia dalam bentuk kapsul, jeli dan serbuk.
Selain itu, sokongan asas juga membantu minum air yang mencukupi, mengambil makanan tinggi serat, serta memberi ruang antara hidangan yang lebih berat berbanding makan secara berterusan sepanjang hari.
“Pencernaan dan fungsi hati banyak mempengaruhi bagaimana anda berasa setiap hari. Apabila kedua-dua sistem ini berada di bawah tekanan, makanan yang baik sekalipun mungkin tidak menghasilkan rasa yang optimum,” kata Cynthia.
3. Kenapa Ramai Mudah Jatuh Sakit Selepas Musim Perayaan?
Musim perayaan biasanya melibatkan lebih banyak pendedahan sosial, rehat yang kurang, dan rutin yang terganggu.
Apabila digabungkan dengan perubahan pemakanan, ia boleh meningkatkan beban oksidatif iaitu keadaan apabila radikal bebas terbentuk lebih pantas daripada kemampuan tubuh untuk meneutralkannya. Situasi ini berpotensi menjejaskan kesihatan.
Sebab itu, sokongan antioksidan penting dalam tempoh ini. LAC Masquelier’s® French Pine Bark Extract kaya dengan oligomeric proanthocyanidins (OPCs) dan diketahui mempunyai kapasiti antioksidan sehingga 20 kali lebih tinggi daripada vitamin C, membantu menyokong pertahanan semula jadi tubuh ketika keperluan meningkat.

Pada masa yang sama, amalan pemakanan juga boleh menyumbang buah dan sayur berwarna-warni, serta bahan harian seperti kunyit, halia dan teh.
“Apabila tubuh berada dalam beban oksidatif yang lebih tinggi, proses pemulihan lazimnya mengambil masa lebih panjang. Menyokong pertahanan antioksidan membantu tubuh menyesuaikan diri dalam tempoh sosial yang lebih menuntut,” jelas Cynthia.
4. Stres Yang Tidak Ketara Tetapi Memberi Kesan
Perancangan rumah terbuka, perjalanan, urusan kerja, pengurusan kewangan, serta komitmen sosial walaupun semuanya perkara positif boleh memberi tekanan secara senyap.
Lama-kelamaan, tekanan berterusan boleh menjejaskan kualiti tidur, pencernaan, dan kestabilan emosi.
Mulakan dengan asas: berjalan ringkas setiap hari, mengurangkan skrin sebelum tidur, dan mengekalkan waktu tidur serta bangun yang konsisten apabila mampu.
Jika memerlukan sokongan tambahan pada minggu yang lebih mencabar, sesetengah individu menggabungkan amalan gaya hidup dengan suplementasi yang lebih khusus.
Contohnya, LAC Activated Zhi Energy sering digunakan untuk menyokong tenaga, mengurangkan keletihan, dan membantu tubuh menangani stres manakala LAC Masquelier’s® French Pine Bark Extract menyokong pertahanan antioksidan terhadap radikal bebas yang terbentuk akibat stres berpanjangan.
5. ‘Reset’ Terlalu Ekstrem Selalunya Memakan Diri
Selepas tempoh pemakanan berlebihan atau rutin yang terganggu, ramai terdorong untuk melakukan detok, atau sekatan makanan yang drastik. Namun perubahan yang agresif boleh menambah tekanan kepada sistem tubuh yang sedia terkesan.

Apa yang lebih berkesan ialah konsistensi tabiat yang realistik dan berterusan, yang membantu tubuh pulih secara beransur-ansur.
“Matlamatnya bukan kesempurnaan. Matlamatnya ialah daya tahan. Apabila tubuh disokong, ia lebih mudah menyesuaikan diri melalui perubahan musim,” kata Cynthia.
Dan kesejahteraan bukan tentang menekan butang reset tetapi tentang kekal stabil dalam rentak yang sedang kita jalani. - Getaran, 25 Mac 2026
