
PERTANDINGAN pencarian bakat, The Finding Singer (TFS) kembali dengan musim kedua selepas dua tahun dengan jumlah hadiah lebih besar untuk direbut.
Pengerusi Eksekutif TFS Jade Morris berkata juara utama TFS musim kedua bakal membawa pulang hadiah sebanyak RM22,000 dan juga rakaman album single.
“Musim pertama TFS yang dijalankan pada 2022 berlangsung luar biasa, dengan juara utama membawa pulang hadiah sebanyak RM15,000.
“Musim ini, kami meningkatkannya kepada RM22,000 untuk membuka lebih banyak peluang bagi peserta menunjukkan bakat mereka di pentas lebih besar.
SPONSORED CONTENT Enjoy a taste of Malaysia, everyday with Ayam Brand™ local pastes SHAH ALAM: Fact: Every time Malaysians travel abroad, we almost immediately miss the taste of home. You don’t need to be homesick to celebrate Malaysia’s rich culinary heritage when you can savor the authentic taste of Malaysia in your own home with Ayam Brand™ cooking pastes. Read more “Selain itu, setiap juara daerah juga akan menerima hadiah berbentuk rakaman album single,” katanya ketika ditemui pada acara pelepasan jelajah TFS Musim 2 yang diadakan di Borneo Spice, Penampang, Khamis lalu.
Tambahnya, musim terbaharu itu akan menjelajah ke 21 daerah di seluruh Sabah serta tiga lokasi di Semenanjung Malaysia, iaitu Melaka, Lembah Klang dan Johor, bermula 11 Oktober (Jumaat) hingga 8 Disember depan. JUARA TFS musim pertama, Genaldo Bantikan.
“Ini bagi memberikan peluang yang luas kepada industri seni untuk menemukan bakat-bakat baharu dari pelbagai latar belakang.
“Musim lalu kami hanya mengadakan ujibakat di 15 lokasi. Kami percaya, dengan lebih banyak lokasi ujibakat, kami dapat menjemput lebih ramai peserta dari pelbagai pelosok.
“Dalam pada itu, kami tidak hanya mencari bakat penyanyi sahaja, kami juga berharap dapat mencungkil bakat lakonan untuk menyokong industri perfileman di negeri ini,” katanya lagi.
Selain itu, Jade berkata, mereka juga berharap dapat menarik lebih ramai peserta pada sesi ujibakat.
“Pada edisi sebelum ini, kami berjaya menarik kira-kira 600 peserta ujibakat di seluruh lokasi.
“Sebab itu dengan penambahan lokasi ujibakat tahun ini, kami mengharapkan lebih ramai akan merebut peluang ini dan tampil menonjolkan bakat mereka,” katanya.
Setelah ujibakat, 24 peserta terbaik akan beraksi di peringkat akhir pertandingan yang akan diadakan dalam konsert berskala besar.
“Konsert ini adalah peluang untuk peserta menonjolkan persembahan terbaik mereka di hadapan juri yang berpengalaman dan juga ribuan peminat.
“Harapan kami adalah agar acara ini dapat memberi peluang kepada lebih ramai orang untuk menyaksikan dan menyokong bakat tempatan.
“Pada masa akan datang, kami merancang untuk melibatkan lebih banyak lokasi di Borneo, termasuk Kalimantan, Brunei, dan Sarawak.
“Ini adalah langkah untuk merentasi sempadan dan mengubah The Finding Singer menjadi sebuah platform antarabangsa,” tambahnya.
Musim kedua TFS akan menyaksikan penyanyi, pemuzik dan penerbit Gregori Giting serta artis hip hop dan duta budaya Atama Katama bertindak sebagai juri tetap.
Tambunan menjadi lokasi pertama ujibakat yang diadakan pada Jumaat, sebelum bergerak ke lokasi lain, dengan konsert pertandingan akhir dijangka berlangsung pada 14 Februari, 2025 di Penampang.
Untuk rekod, musim pertama TFS menobatkan Genaldo Bantikan sebagai juara.
Maklumat lanjut, layari laman Facebook rasmi pertandingan.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

