“Menjelang 2035, Pendapatan Rakyat Malaysia Diramal Atasi Jepun” – Media Antarabangsa

LocalBusiness & Finance
16 Jun 2025 • 2:51 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Jika kadar pertumbuhan ekonomi Malaysia kekal seperti sekarang, diramalkan pendapatan per kapita rakyat Malaysia bakal mengatasi rakyat Jepun.

Memetik laporan Seasia News, setakat tahun 2024 ini Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita Malaysia berada di tahap yang sama seperti Taiwan pada tahun 2012. Jika ekonomi terus berkembang dengan stabil terutamanya dalam sektor teknologi, pembuatan dan perkhidmatan, jurang dengan Jepun boleh dirapatkan dan mungkin diatasi menjelang tahun 2035.

image is not available

 

Menurut analisis, penduduk muda, lonjakan pelaburan asing langsung (FDI), serta pembangunan digital dan teknologi hijau memberi sokongan padu kepada pertumbuhan ini.

Dalam masa yang sama, Jepun pula menghadapi masalah ekonomi yang perlahan dan populasi yang semakin menua yang menjejaskan pertumbuhan mereka.

image is not available

image is not available

image is not available

gambar hiasan

Selain itu, kerajaan Malaysia turut menekankan pelaburan dalam bidang-bidang strategik seperti transformasi digital, teknologi hijau dan peningkatan tenaga kerja tempatan. Kombinasi faktor-faktor ini meletakkan Malaysia pada landasan yang kukuh untuk menjadi ‘player utama Asia’ pada masa depan.

Jika semua ini kekal konsisten, tidak mustahil menjelang tahun 2035 Malaysia bakal menjadi antara negara ekonomi terkuat di Asia.

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

image is not available 1 month ago

MEF Anggap Cadangan Gaji RM5,000 Sebagai Tidak Realistik, Ekonomi Masih Parah