Menjelang musim sejuk, sejuta penduduk Gaza perlu tempat berlindung

26 Sep 2024 • 1:03 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

GENEVA, 26 Sept: Pelapor khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai hak perumahan pada Rabu menyatakan bahawa sejuta orang di Gaza memerlukan tempat perlindungan segera sebelum tiba musim sejuk.

“Sejuta orang di Gaza memerlukan bekalan tempat perlindungan yang mendesak sebelum musim sejuk tiba.

“Tindakan segera diperlukan!,” kata Balakrishnan Rajagopal di platform X.

Israel terus melancarkan serangan kejam terhadap Gaza sejak Oktober tahun lalu, walaupun terdapat resolusi Majlis Keselamatan PBB yang menggesa gencatan senjata segera.

Menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan, hampir 41,500 orang terbunuh manakala lebih 96,000 cedera sejak itu.

Serangan Israel menyebabkan hampir keseluruhan penduduk wilayah itu kehilangan tempat tinggal, di tengah-tengah sekatan berterusan yang menyebabkan kekurangan makanan, air bersih, dan ubat-ubatan yang teruk.

Israel kini berdepan kes genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa atas tindakannya di Gaza.

— BERNAMA-ANADOLU

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved