Menjelang Tahun Baharu Cina, MBSA sedia tong sampah pukal di 362 lokasi

7 Jan 2023 • 8:05 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 7 JAN: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyediakan tong sampah pukal Roll On Roll Off (RORO) percuma di 362 lokasi sempena Tahun Baharu Cina.

Pihak berkuasa tempatan (PBT) itu memaklumkan penyediaan tong sampah RORO berkapasiti tiga tan itu bermula semalam sehingga 16 Januari.

“Setiap tong sampah RORO akan ditempatkan selama tempoh tujuh hari di setiap lokasi. Tong sampah akan ditarik lebih awal dari tempoh masa ditetapkan sekiranya didapati telah penuh.

“Antara sisa yang boleh dilupuskan adalah sampah pukal seperti perabot terpakai, peralatan elektrik, sisa makanan, sisa binaan dan sisa kebun.

“Bagi sisa yang berisiko seperti besi atau kaca hendaklah dibungkus atau dibalut dengan baik sebelum dilupuskan bagi mengelakkan kecederaan kepada operator kutipan sisa,” maklum pihak berkuasa tempatan itu di Facebook.

Sebarang pertanyaan berhubung perkhidmatan tong RORO boleh hubungi Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam MBSA ditalian 03-55105133 sambungan 1239/1316/1547/1645/1695/1697.

image is not available

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved