‘Menonong tolak stroller lenyek kaki kita’ – Netizen pertikai tindakan ibu bapa bawa stroller ke bazar Ramadan

Family & Parenting
21 Mar 2024 • 9:22 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Sesiapa sahaja tidak akan melepaskan peluang untuk berkunjung ke Bazar Ramadan. Peluang yang muncul hanya setahun sekali sahaja itu digunakan sebaiknya untuk mencari juadah makanan yang jarang ditemui.

Tidak dapat dinafikan kesesakan ada di setiap bazar. Kesesakan itu juga tidak menghalang ibu bapa yang membawa anak kecil ke bazar.

Menjadi isu perbualan netizen, ada juga ibu bapa yang membawa stroller masuk ke dalam bazar. Tindakan demikian kata netizen lagi menyebabkan keadaan bertambah sesak.

“Parents yang muda-muda ni suka eh bawak anak kecik yang berstroller bagai kat bazar ramadan? Kesian budak tu lemas dengan ramai orang berhimpit. Pastu menghalang orang nak lalu,” kata netizen.

Selain daripada menghalang laluan pengunjung, ada ibu bapa yang menolak stroller anak tanpa memikirkan keadaan orang disekelilingnya.

“Menonong je tolak stroller lenyek kaki kita,” katanya.

image is not available
Gambar hiasan (A.I)

Bagaimanapun, ada juga komen dari seorang netizen yang menyatakan dia membawa anak kecilnya dengan menggunakan baby carrier yang dilihat lagi memudahkan urusannya.

Bagi netizen, bazar bukan tempat seperti pusat beli-belah yang boleh dijadikan sebagai tempat untuk membawa stroller dan juga bukan tempat bersembang berjumpa rakan-rakan di tengah jalan.

Bukan sahaja tidak memikirkan pengunjung bazar, malahan kata netizen sikap ibu bapa juga tidak mementingkan keadaan anak-anak terutamanya bayi yang masih kecil terdedah dengan asap, risiko jangkitan dan cuaca panas.

Sumber: X