Menormalisasi Dosa Artis Dan Peminat Makin Parah, PU Syed Tegur Jefri Nichol

EntertainmentOpinion
23 Feb 2025 • 10:59 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
jefri nichol

Pendakwah bebas, PU Syed tampil membuat teguran terbuka kepada selebriti terkenal Indonesia, Jefri Nichol.

PU Syed dipercayai merujuk kepada perbuatan Jefri Nichol berpelukan dengan peminatnya yang bertudung sambil menggosok perutnya.

PU Syed tegur Jefri Nichol, peminat menormalisasi dosa

Peminat dikatakan mempertahankan Jefri mengatakan sikapnya memang mesra begitu jika bersama peminat.

Menerusi satu perkongsian video di Instagram, PU Syed merasakan budaya menormalisasi dosa di antara peminat dan artis kesayangan kini semakin parah.

Peminat yang mempertahankan artis kesayangan mereka seolah-olah tidak sedar perbuatan membawa kepada dosa.

Peminat pula lebih-lebih, jagalah tatasusila sebagai orang Islam

image is not available

Pendakwah ini menasihati supaya berhati-hati dengan apa yang dilakukan. Malah, pihak berwajib perlu meletakkan garis panduan kepada mereka yang beragama Islam.

Peminat pula lebih-lebih siap peluk lagi artis kesayangan. Hidup kita ini sebagai umat Islam ada batasan, ada yang boleh buat, ada yang tidak boleh buat. Jadi nasihat saya kepada Jefri Nichol yang tengah viral sekarang ni supaya menjaga tatasusila. Kalau awak orang Islam, tapi saya tak pasti awak agama apa.

Beliau tidak mahu umat Islam terjerumus kepada gaya hidup yang tidak sepatutnya. Malah, beliau berharap para artis menjaga tatasusila memandangkan mereka adalah figura yang diminati ramai.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Instagram PU Syed


The post

appeared first on

.