‘Mental Saya Dah Cukup Koyak’ - Zulin Aziz Nafi Kisah Berpisah Hanya Sekadar ‘Content’

Music
18 Apr 2023 • 12:15 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Zulin Aziz - Gambar dari Instagram

Pelakon dan penyanyi, Zulin Aziz menafikan bahawa dia sengaja mencipta gimik perpisahan bersama suaminya semata-mata untuk mengeluarkan lagu atau produk baru.

Menerusi hantaran di Insta Story, Zulin meluahkan kekesalannya apabila ada pihak yang mendakwa dia sengaja mahu berbuat demikian.

image is not available

Content, marketing, prank? Benda-benda bodoh sewaktu dengannya untuk apa? Saya takde da lagu baru nak keluar. Tak ada produk untuk dilancarkan. 

“Hal macam ni , orang gila saja buat gurauan. Tolong berhenti! 

“Saya mohon doa. Hanya doa. Mental saya dah cukup koyak. Cukup-cukuplah, jangan ditambah.

“Saya berharap doa yang baik-baik itu berbalik kepada anda. Saya berhenti bercakap sampai di sini. Tak ada apa saya nak ulas lagi,” tulisnya. 

Semalam Zulin telah membuat pendedahan yang mengejutkan ramai apabila memuatnaik hantaran di Instagram yang memberi gambaran bahawa dia kini sudah berpisah dengan suami kerana tiada persefahaman. – Getaran, 18 April 2023.