Menteri Agama Minta Influencer Bertanggunjawab Terhadap Agama & Negara

6 Feb 2024 • 7:15 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available
Menteri Agama Minta Influencer Bertanggunjawab

Menteri agama minta influencer bertanggungjawab terhadap agama dan negara apabila berkongsi kandungan media yang mejadi tatapan umum.

Minta pempengaruh tak tagih populariti dengan cipta sensasi

Menerusi kenyataan beliau menerusi media sosial rasmi, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata pempengaruh media seharusnya memberikan contoh dan akhlak baik kepada masyarakat.

“Pada masa sama, kita membina generasi yang menjunjung tinggi nilai-nilai agama dan akhlak.

“Usahlah kerana menagih populariti dengan mencipta sensasi sehingga sanggup menormalisasikan perkara maksiat dan mungkar,” katanya.

Menteri Agama minta influencer bertanggunjawab, terkejut dengan berita sebuah podcast

Kenyataan tersebut dibuat susulan respon kepada tindakan sebuah podcast yang mengundang individu sedang dibicarakan di mahkamah atas kes berkaitan aktiviti persundalan.

Ujar beliau, berita tersebut sangat mengejutkan buatnya memandangkan aktiviti tidak bermoral itu merupakan satu perlakuan jijik dari sisi agama.

“Saya sangat terkejut dengan laporan berita sebuah program podcast telah mengundang seorang individu yang sedang dibicarakan di Mahkamah berkaitan aktiviti persundalan sebagai tetamu dalam podcast tersebut. Amat jelas aktiviti persundalan adalah satu perlakuan jijik disisi agama,” ujarnya.

Menteri Agama minta influencer bertanggunjawab, minta beri contoh yang baik

Oleh itu, Mohd Na’im mengajak para influencer media supaya memberi contoh yang baik kepada masyarakat kerana perbuatan baik dan diikuti oleh ramai orang pastinya akan mendapat ganjaran pahala berpanjangan.

“Marilah kita sentiasa memberikan contoh dan akhlak yang baik kepada masyarakat agar segala perbuatan baik yang diikuti akan mendapat pahala yang berpanjangan.

“Pada masa sama kita membina generasi yang menjunjung tinggi nilai-nilai agama dan akhlak.” jelasnya.

image is not available

Terdahulu, tindakan sebuah podcast yang memuat naik gambar bersama individu yang mempunyai kes mahkamah berhubung ‘aktiviti tidak bermoral’ telah mengundang pelbagai persepsi dari netizen.

Walaupun menegaskan bahawa pihak podcast sama sekali tidak menyokong perbuatan yang dilakukan individu terbabit, namun mereka masih lagi dikecam kerana dianggap menormalisasikan hal tersebut.