Menteri Agama sedang teliti ambil tindakan kepada artis Islam berpakaian seksi

LocalPolitics
15 Nov 2025 • 7:16 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar memaklumkan bahawa beliau sedang meneliti kemungkinan mengenakan tindakan jenayah syariah terhadap artis Islam yang berpakaian mencolok mata.

Artis Islam seksi boleh diambil tindkaan bawah jenayah syariah

Memetik laporan daripada Berita Harian, penelitian ini termasuk arahan semakan semula terhadap garis panduan pemakaian selebriti Muslim supaya ia kekal relevan dan sesuai dengan tuntutan agama.

“Dari sudut tindakan itu kita akan lihat (terlebih dulu) kalau ada pelanggaran kepada mana-mana peraturan, enakmen dan jenayah syariah… tindakan jenayah syariah dalam penelitian kita,” jelasnya.

image is not available

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pengerusi MAIWP, Datuk Syed Kamarulzaman Syed Kabeer; Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Datuk Mohd Nizam Yahya; Pengerusi Lembaga Pengarah Institut Profesional Baitulmal Sdn Bhd, Zuri Zabuddin Budiman dan Ketua Pegawai Eksekutif KPMAIWP, Prof Madya Dr Mohammad Firdaus Low Abdullah.

Artis Islam tak sepatutnya berpenampilan mencolok mata

Isu ini tercetus susulan penampilan kumpulan Dolla dalam video muzik terbaru mereka, Question, yang mendapat perhatian ramai kerana sebahagian masyarakat menyifatkan fesyennya terlalu seksi dan mencolok mata.

Pendakwah selebriti, Asma’ Harun turut memberikan teguran terbuka dan berpandangan bahawa penampilan dalam video tersebut tidak bermoral serta memalukan wanita beragama Islam.

image is not available

Artis Islam sila patuhi garis panduan

Mohd Na’im berkata beliau sudah meminta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Mufti Wilayah Persekutuan menyemak semula garis panduan sedia ada berkaitan penampilan selebriti Muslim.

“Saya ingat sudah ada garis panduan yang dikeluarkan JAKIM tapi tak salah untuk ia disemak… cuma garis panduan itu satu perkara, adalah lebih baik (perubahan) itu datang daripada hati nurani kita sendiri,” jelasnya.

image is not available

Artikel lain: Selebriti tempatan digesa patuhi garis panduan pakaian & adab Islam -Menteri Agama

Beliau menekankan bahawa selebriti berperanan sebagai idola dan ikutan masyarakat, khususnya golongan muda, oleh itu mereka harus lebih cakna mengenai penampilan dan adab.

“Bila kita jadi idola dan ikutan, sebagai orang Islam tentunya kena pastikan setiap perbuatan akan mendapat pahala dan boleh bawa golongan muda ke arah kebaikan.
“Harapan saya agar golongan selebriti ini dapat tunjukkan contoh terbaik, patuhi peraturan kehidupan sebagai orang yang beragama Islam dan ikutlah adab kita di sebelah timur ini,” ujarnya.

image is not available

Beliau juga menegaskan tanggungjawab selebriti bukan sekadar di pentas seni tetapi juga sebagai teladan kepada masyarakat.

Sumber: Berita Harian (Latifah Ariffin)