Menteri : Akaun MyDigital ID Tidak Diperlukan Untuk Log Masuk Aplikasi MyJPJ

TechnologyDigital
2 Oct 2024 • 6:48 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Semalam kami telah melaporkan bahawa kemaskini terbaru aplikasi MyJPJ telah mengeluarkan notis bahawa bermula 10 Oktober ini, log masuk kedalam aplikasi tersebut hanya boleh dilakukan menggunakan akaun pengesahan digital MyDigital ID yang diperkenalkan pada pertengahan tahun ini.

Hari ini, Menteri Pengangkutan Anthony Loke telah memberi kenyataan kepada pihak The Star mengatakan bahawa keperluan log masuk menggunakan MyDigital ID itu adalah tidak wajib, seperti sebelum ini.

Bercakap mengenai notis yang dikeluarkan pada aplikasi tersebut, Anthony Loke telah mengatakan bahawa ia bukanlah notis rasmi, dan telah mengarahkannya untuk dibuang buat masa ini. Keputusan untuk mewajibkan penggunaan MyDigital ID untuk log masuk kedalam aplikasi MyJPJ, ataupun mana-mana aplikasi perkhidmatan kerajaan lain tidak diluluskan lagi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved