Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Kini Mempunyai Dua Isteri

LocalPolitics
4 Sep 2024 • 9:13 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
sanusi

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi membuat pengakuan bahawa beliau sudah berkahwin dengan seorang anggota polis baru-baru ini.

Menariknya isteri pertama Sanusi, Tok Puan Seri Jusmalailani Jusoh yang pinangkan dirinya dengan anggota polis tersebut. Majlis itu juga berlangsung dengan sempurna dan teratur.

image is not available

Ketika perkahwinan, isteri ada anak-anak saya pun hadir dan semua proses semua dipatuhi… Saya tak berhasrat untuk buat pengumuman, saya nak elak benda sensasi yang tak perlu ini.

Saya pun kasihan tengok hangpa ligan saya pun kasihan, saya rasa tak ada isu apa, saya ada kuota dua lagi, depa kata tok lebai Pas ni kira menikah je kan?

Menurut Sanusi, percintaan selepas perkahwinan lebih indah daripada percintaan sebelum berkahwin dan beliau berharap selepas ini tiada lagi spekulasi melibatkan hal peribadi dan hal rumah tangganya. Beliau ingin privasi keluarga dan anaknya dihormati.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Harian Metro