Menteri Chatbot AI Albania Akan “Melahirkan” 83 Anak-Anak AI

WorldTechnology
27 Oct 2025 • 4:00 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

September tahun ini, Albania mengumumkan pelantikan Diella, menteri chatbot kecerdasan buatan (AI) pertama dunia yang dibangunkan khusus untuk membasmi penyelewengan dalam pemberian kontrak kerajaan. Kerana ia sebuah chabot AI dan bukannya manusia, keputusan Diella tidak boleh dipengaruhi dengan rasuah atau diancam nyawanya untuk memaksa kontrak diberikan.

image is not available
Diella

Minggu ini Perdana Menteri Albania, Edi Rama mengatakan Diella kini “hamil” dan bersedia untuk melahirkan 83 anak-anak AI yang akan membantu 83 ahli parlimen untuk melakukan tugasan. Anak-anak Diella ini akan memberikan rumusan perbincangan di dalam dewan sekiranya terlepas sesi perbahasan misalnya.

Penggunaan AI dalam pentadbiran juga akan dipertingkatkan melangkaui skop asal Diella memantau pemberian kontrak. PM Rama berkata, ia juga akan diperluaskan ke sektor lain, termasuk keselamatan makanan dan kawalan produk menerusi anak-anak Diella. Kesemua sistem AI ini akan digunakan di Albania menjelang penghujung 2026.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved