Menteri : DNB Tidak Sepatutnya Menerbitkan Angka Liputan Yang Masih Belum Disahkan SKMM

TechnologyDigital
3 Jan 2023 • 11:14 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available
DNB Digital Nasional

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil hari ini menegur langkah Digital Nasional Berhad yang mengumumkan kadar liputan 5G baru-baru ini, mengatakan kadar liputan telah melangkaui 40% yang disasarkan pada 2022 lepas. Malah, DNB turut mengatakan rangkaian 5G kini meliputi 90% kawasan berpenduduk di KL dan Selangor, disamping berkongsi sejumlah peratusan di negeri-negeri lain.

Hal ini sekaligus menimbulkan persoalan – apatah lagi dengan pengguna yang mempunyai masalah dengan liputan rangkaian mudah-alih di pelbagai kawasan pedalaman.

image is not available

Disebabkan perkara ini, kini Menteri menegur DNB, dan mempersoalkan bagaimana pihak DNB mencapai angka liputan yang diperkatakan tersebut. Pada masa yang sama, SKMM turut tidak mengesahkan lagi angka yang diperkatakan pihak DNB.

Menteri juga meminta pihak DNB agar tidak menerbitkan sebarang info tanpa pengesahan selepas ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved