Menteri: Hawana 2025 diadakan Jun ini, Kuala Lumpur tuan rumah

12 Mar 2025 • 9:22 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

KUALA LUMPUR, 12 MAC: Sambutan Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2025 akan diadakan pada Jun ini, dengan Kuala Lumpur sebagai tuan rumah.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil ketika mengumumkan perkara berkenaan berkata tarikh sebenar penganjuran program bagi meraikan pengamal media itu akan diumumkan kelak.

“Ada beberapa perkara lagi sedang Kementerian Komunikasi teliti (berkenaan penganjuran Hawana), insya-Allah, sempena sambutan itu nanti, kita akan ada beberapa pengumuman besar yang dapat membantu rakan media kita,” katanya.

Fahmi ditemui pemberita selepas mengiringi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meraikan pengamal media pada Majlis Berbuka Puasa Perdana Menteri Bersama Pengamal Media di Angkasapuri, di sini malam tadi.

Turut hadir Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Mohamad Fauzi Md Isa.

23 Januari lalu Fahmi dilaporkan berkata Hawana tahun ini akan menjadi platform untuk menghimpunkan organisasi media dari seluruh Asean bagi memperkukuh hubungan dan kerjasama, selain mengenal pasti cabaran terkini dalam industri media.

Beliau berkata HAWANA akan menjemput pengamal media dari Asean untuk beberapa program sempena Kepengerusian Asean oleh Malaysia tahun ini.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved