Menteri : Kerajaan Tidak Boleh Berikan Lebih Masa Untuk Pelesenan Media Sosial

TechnologyDigital
31 Oct 2024 • 7:34 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil kini menegaskan kerajaan tidak boleh memberikan lebih masa untuk pelesenan media sosial, dalam usaha untuk menjadikan sesuatu platform lebih bertanggungjawab dalam menangani jenayah, termasuk melibatkan penipuan, perjudian dan kandungan lucah.

Langkah ini selari dalam memastikan persekitaran yang sihat dan selamat untuk rakyat, terutamanya untuk kanak-kanak dan keluarga di media sosial.

Fahmi Fadzil mengatakan pihak Meta meminta lebih banyak masa, tetapi sejujurnya kerajaan tidak boleh memberikan lebih masa. Ia turut ditegaskan kerajaan Malaysia, termasuk Menteri Komunikasi sendiri telah berbincang dengan Meta dalam menangani pelbagai masalah, tetapi pelbagai alasan diberikan penyedia platform tersebut.

Kerajaan menyasarkan untuk mengimplementasi lesen untuk penyedia perkhidmatan media sosial dengan lebih 8 juta pengguna, berkuat-kuasa 1 Januari 2025 kelak, dan sesiapa yang melanggarnya boleh dikenakan tindakan. Buat masa, kod tatalaku berkaitan pelesenan media sosial masih belum diterbitkan untuk tatapan umum.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved