
Menteri Kesihatan kini mengingatkan orang ramai supaya tidak merujuk kepada kecerdasan buatan (AI) semata-mata dalam melakukan saringan atau penilaian terhadap sesuatu masalah kesihatan. Sebaliknya, sebarang gejala penyakit atau simptom perlulah dirujuk segera kepada pengamal perubatan bertauliah.
Seperti ramai sedia maklum, dengan penggunaan perkhidmatan berasaskan AI, terutamanya chatbot, ramai yang bertanyakan pelbagai permasalahan kepadanya sebelum membuat sesuatu langkah susulan. Namun, untuk hal kesihatan, ia tidak begitu mudah.
Orang ramai juga turut diingatkan supaya tidak melakukan sebarang diagnosis atau saringan dengan hanya bergantung kepada AI. Sebelum ini, pihak OpenAI turut pernah berkongsi menyatakan pertanyaan berkaitan kesihatan adalah antara yang kerap ditanya melalui perkhidmatan ChatGPT, sehingga mereka memperkenalkan ChatGPT Health pada awal tahun ini.






