Pada sebulan yang lepas, pihak kerajaan telah memperkenalkan Pakej Perpaduan Prabayar secara rasminya, sekaligus membolehkan orang ramai melanggan pakej berkenaan dengan turut mendapatkan kad SIM baharu.
Melalui Pakej Perpaduan Prabayar ini, ia ditujukan kepada golongan sasaran dibawah kategori belia, B40, warga emas, dan veteran ATM serta Polis. Pakej ini menawarkan harga langganan RM30 untuk penggunaan selama 6 bulan dengan kuota 30GB. Pelan prabayar ini ditawarkan oleh pelbagai yarikat telekomunikasi, dengan kelajuan 3Mbps.

Kini, genap sebulan sejak dilancarkan, Menteri Komunikasi dan Digital berkongsi menyatakan seramai 31,092 kad SIM telah terjual dibawah pakej ini dalam tempoh sebulan yang lepas.
Secara purata kasar, lebih seribu orang mendaftar pakej ini pada setiap hari.
Pelan ini akan ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan sehingga penghujung 2023 ini.
Genap sebulan pelancaran Pakej Perpaduan, 31,092 rakyat telah beli kad sim RM5 sebulan iaitu Pakej Perpaduan.
Semoga inisiatif ini mampu bantu kurangkan beban golongan rentan untuk dapatkan akses internet dengan harga yang murah. pic.twitter.com/Jbt4uN3wcJ
(@fahmi_fadzil) March 28, 2023


