Menteri Luar Arab Saudi bantah perbuatan cemarkan Al-Quran

31 Jul 2023 • 5:30 PM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

RIYADH: Menteri Luar Arab Saudi, Faisal bin Farhan Al Saud menyuarakan bantahan kerajaan Arab Saudi terhadap semua percubaan untuk mencemarkan Al-Quran dan menuntut tindakan segera bagi menghentikan perbuatan ekstremis yang menyinggung perasaan umat Islam, lapor Xinhua.

Dalam perbualan telefon dengan rakan sejawatan dari Sweden, Tobias Billstrom, pada Jumaat, Menteri Luar Arab Saudi itu berkata bahawa pembakaran Al-Quran mencetuskan kebencian agama dan menjejaskan dialog.

Billstrom berkata Sweden turut mengecam perbuatan membakar Al-Quran itu.

Diplomat Sweden itu turut menyuarakan kesedihan terhadap eksploitasi secara terang-terangan yang dilakukan sesetengah pihak terhadap perlembagaan Sweden.

“Sweden akan berusaha mengambil langkah sewajarnya untuk menamatkan semua tindakan keganasan dan mencemarkan agama serta kitab suci“, katanya.

Beberapa kejadian mencemarkan Al-Quran berlaku di Sweden pada tahun ini.