Menteri Luar China adakan lawatan rasmi dua hari ke Malaysia

Politics
11 Aug 2023 • 10:04 AM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Menteri Luar China Wang Yi akan mengadakan lawatan rasmi dua hari ke Malaysia bermula hari ini dan dijadual mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Wisma Putra dalam kenyataan berkata lawatan keenam Wang ke negara ini selaku Menteri Luar akan memberi peluang terbaik kepada kedua-dua pihak untuk berbincang dan bertukar-tukar pandangan mengenai isu dua hala, serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama.

“Lawatan ini juga akan mengukuhkan lagi hubungan strategik antara kedua-dua negara, merangkumi pelbagai bidang kerjasama untuk manfaat bersama,” menurut kenyataan itu.

Wang yang juga Pengarah Pejabat Suruhanjaya Hal Ehwal Luar akan mengadakan mesyuarat dengan rakan sejawatnya dari Malaysia, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Tahun ini merupakan ulang tahun ke-10 Perkongsian Strategik Komprehensif Malaysia-China dan kedua-dua negara juga akan menyambut ulang tahun ke-50 penubuhan hubungan diplomatik pada tahun depan, menandakan persahabatan yang telah lama terjalin dan kerjasama mantap dalam pelbagai sektor.

Menurut Wisma Putra selama lebih sedekad, China merupakan rakan dagang terbesar Malaysia dengan jumlah perdagangan tahun lepas bernilai RM487.13 bilion (US$110.62 bilion), meningkat 15.6 peratus berbanding 2021. - 11 Ogos, 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved