Menteri Luar Korea Selatan dijadual lawat Malaysia minggu ini

Politics
1 May 2023 • 12:48 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

SEOUL: Diplomat tertinggi Korea Selatan dijadual melawat Malaysia minggu ini untuk membincangkan cara mengukuhkan hubungan dua hala seiring ulang tahun ke-40 Dasar Pandang Ke Timur, menurut kementerian luar Seoul pada Isnin.

Menteri Luar Park Jin dijadual berlepas ke Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari bertemu rakan sejawatannya dari Malaysia, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, serta membincangkan cara untuk meningkatkan kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk rantaian bekalan, pertahanan dan infrastruktur, lapor agensi berita Yonhap.

Dalam tempoh lawatannya, Park juga akan bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim serta menyampaikan syarahan di Universiti Malaya.

Dasar Pandang Ke Timur yang dilancarkan pada 1980-an adalah kerangka hala tuju ekonomi Malaysia dalam mencontohi Jepun dan Korea Selatan bagi meningkatkan pertumbuhan ekonominya. - Bernama